Murtabak Bakar, Pontian

Pada pertengahan bulan March lepas (lama gila) , krew berpeluang ke Pontian. Urusan disana hanyalah percutian keluarga di Kukup Golf Resorts. Dengan kesempatan ini, berpeluanglah krew merayau di sekitar pekan Pontian Kecil.

Pada asalnya ingin memakan satay Pak Atan. Sayang sekali, krew langkah kiri. Warung satay Pak Atan tidak dibuka pada hari Ahad tersebut. Kawasan medan makan di sekitar Perhentian Bus di Pontian sudah menjadi tumpuan utama setiap kali krew ke Pontian. Krew hanya mahu menjamah makanan yang ringan sahaja seperti satay. Memandangkan tiada satay, kami memesan Murtabak Special di gerai Murtabak Bakar.

bakar_img1
Papantanda yang menyenaraikan menu, pelbagai jenis murtabak boleh di pesan/tempah. Ada berani try Murtabak Super Keluarga?

bakar_img2
Murtabak Special Taknak Bawang. Special request dari krew jbfoodclub sebab ada bawang mengurangkan lagi jumlah taburan daging. Hehe.

bakar_img3

bakar_img4

Murtabak Bakar mempunyai rasa yang tersendiri. Bagi ‘type’ special, sesuai dimakan untuk 2 orang. Krew JBFoodClub berpuashati dengan hidangan Murtabak Bakar dari Pontian.

5 Comments

  1. pehhh .. weekend ni mesti balik pontian lama tak mkn murtabak ni .. kena pulak dgn sambal sardin dia terjun laut aku hehehe. Pomntian jgn lupa try mkn ketupat dpn hospital dgn segala lauk pauk raya .. terangkat sehh

  2. sebenarnye ada murtabak lain yg lbh sodap kat pontian (depan bus-stand pontian sblh gerai cendol kat tepi laut)… namanya murtabak hamid tp pakcik tu niaga dr kul 3 hingga 5 aje.. biase la.. kalu sodap musti abis cepat… kekdg kalau nk order kena call takut da abis… sodap giler.. mai la cuba…

Leave a Reply