OK, kalau cari Arab street dekat Johor memang tak jumpa. Sebenarnya, krew JBFoodClub berkesempatan ke Singapura pada minggu lepas. Berjalan-jalan di city sambil melihat pemandangan dan memberi sedikit tour kepada adik saudara yang baru first time ke Singapura.
Berbekalkan printed maps dari Google Maps, dan buku maps yang dipinjamkan oleh adik, kami menuju ke sebarang tambak dalam jam lebih kurang 9.00 pagi. Jalan clear, terus menuju ke City, melalui BKE->PIE (jangan tanya), sedikit sesat pusing-pusing, tanye bangla petrol kiosk yang tidak beberapa membantu. Akhirnya sampai juga ke city.
First stop Esplanade. Parking di Esplanade Mall (free). Dan teruskan berjalan ke Merlion, Pemandangan wajib. Bergambar seadanya, dan kembali ke Esplanade Mall. Jusst window shopping dan terus keluar untuk makan tengahari.
Arab street memang popular di Singapore. Dan yang paling popular di situ adalah Restoran Zam Zam. Krew sefamily selalu akan ke sini untuk merasakan juadah istimewanya iaitu Murtabak. Restoran ini sentiasa penuh dengan kunjungan pelanggan dari segenap pelusuk. Ada dari Indonesia, Kuala Lumpur dan semestinya orang JB.
Bukan sekadar Murtabak yang perlu dicuba, nasi beryani juga tidak kurang hebatnya. Cukup hanya dengan memakan nasinya sahaja. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan. Jangan terliur sudah.







en_me
8 months ago
perghh sampi terbabas ke seberang tambak fulakkks jbfoodclub kanns..
btw, dah dua bulan tak update nih.. ihihi
8 months ago
sekali sekala terbabas. actually boleh pergi direct ke front-page. Trying to keep up at least 1 post per week. Anyway thanks for the support.
Ian Yaacob
5 months ago
Hands down, THE BEST MURTABAK ANYWHERE!!!!!!! Shafiq, ko krew eh? Amik aku keja….. Tak yah bayo bebanyak. Makan free cukup ar!
Shafiq Mustapa
5 months ago
aah, ian, baru nak naik ni, nnt branding dah ok, insya Allah tak lupe kawan2
hanum
4 months ago
bgus2!! jb food club wat sampai kat sgpore ok sgt2…menambahkan lagi juadah makanan yang ada dekat jb dan kawasan sekitarnye…
admin
4 months ago
krew akan cuba mencari lagi tempat makan best2 pat singapore, nasi padang *paiman?, roti john king, macam2 lagi…
jebat
2 months ago
kasi review bubur no.1 kat sentosa la bro..
admin
2 months ago
dalam senarai bro jebat. sekarang agak busy dengan hal rumah tangga (anak baru masuk 2 bulan).
MeineFamili
1 month ago
Nasi briyani n Murtabak Zam Zam is the best la. bila aku kena out station kat SG.. baru tahu aku rasanya nasi briyani yang ori. Daging kambing dia slurpp .. kuah kari dia.. fuuuu yooooohhh.. hingga menjilat jari. lepas tu cuba dia punya murtabak daging dan ayam .. tak sabar nak kena outstation kat SG.. Maaf geng bukan nak memperkecilkan masakan kat JB ni seperti murtabak dan nasi briyani.. sebab tekak ni rasa semua briyani dan murtabak rasa sama. tak ada perbezaan dari segi rasa, presentation dan cara di masak. Harga pulak tu.. fu yo.. kalah kat hotel.. Bon appetitt