Soto Gerai Ingat Selalu

Ahh, hari sabtu. Hari paling best untuk sarapan. Hari Ahad pun ok jugak kalau sarapan. Bukan apa, sarapan beramai-ramai besama keluarga itu yang penting.

Johor sinonim dengan soto. Sebut soto sahaja memang dah melambangkan Johor. Mungkin banyak orang Jawa kot. Saya pun orang Jawa (mengaku!). Untuk post kali ini, krew masih ingat lagi ketika pertama kali merasa soto ini ketika gerai ini masih berada di pekan Pasar Tampoi pada tahun 1990an. Rasa itu masih sama sehingga sekarang.

Soto yang saya maksudkan itu ialah Soto Gerai Ingat Selalu. Gerai ini terletak di Pasar Dahlia di Taman Dahlia. Hampir setiap hari gerai ini penuh dengan pelanggan yang setia. Terdapat 2 jenis soto yang dihidangkan, Soto Nasi (selalu orang johor sebut soto sahaja, kalau sebut soto confirm la soto itu adalah soto nasi), dan yang kedua ialah Mee Hoon Soto. Selalunya krew akan order Mee Hoon Soto.

Protip: Untuk merasakan keenakan ‘enjoy your food’, order Soto atau Mee Hoon Soto mintak letak tulang-tulang ayam.

Nama Gerai : Gerai Ingat Selalu
Wajib Order : Soto
Waktu Perniagaan : 6:00AM hingga 11:00AM (datang awal untuk mengelakkan kekecewaan)
Food Rating : 5/5
Service Rating : 4/5

Gerai Ingat Selalu, Pasar Dahlia
bergedil
Mee Hoon Soto (Special Tulang)Mangsa Kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...