Kebiasaannya pada hari sabtu, krew akan duduk dirumah untuk merehatkan minda setelah penat bekerja (hari sabtu pun kene kerja jugak). Selain agenda TV yang tak berapa best, kadang-kadang melilau jugak diatas jalan untuk mencari makanan yang sedap.
Pada hari Sabtu lepas, setalah membeli barang keperluan untuk kedai krew, krew mencari lagi lubuk makanan di Johor Bahru untuk dijadikan sebagai post di JBFoodClub.Com, kami disekitar kampung melayu dan memberi cadangan untuk mencuba semula di slah satu tempat makan yang telah lama krew ‘discover’. Rasanya hampir 2 tahun lebih tidak menyinggah ke tempat ini, Kampung Melayu Steak House.
Tidak sukar untuk mengenal pasti lokasi ini walaupun kedudukannya amat terpencil. Sign board ‘menyala’ menandakan ianya buka, menuju kelorong disambut dengan lampu kalimantang. Double confirm buka.
Kampung Melayu Steak House adalah gerai yang dibuka didepan rumah, ruang makan terhad, hanya ada 7 atau 8 meja sahaja. Menghidangkan sajian western seperti Sirlion Steak, Lamb Chop, Cheese Omelette dan banyak lagi. Sajian utama seperti nasi, mee juga ditawarkan. Anda patut mencuba Nasi Goreng Kampung.
Krew ingin mencuba Mixed Grilled, Sirloin dan Nasi Goreng Cina. Nasi Goreng Cina biasa sahaja. Sirloin agak lembut dan kurang kenyal (krew suka!) walaupun gravynya agak pedas sedikit. Mixed Grilled hanya ada 3 jenis , eh 2 jenis daging sahaja, sirloin dan lamb. 1 lagi hotdog (pelik kan). Kalau di I.T Roo macam-macam ada (sotong, udang)
Semasa krew menikmati juadah, ramai pengunjung (yela ada 7 meja sahaja), mungkin pengunjung setia agaknya. Mungkin dengan adanya post ini, Kampung Melayu Steak House mendapat pengunjung baru dan dapat menikmati hidangan dan juadah yang di sediakan.
*Protip : Memandangkan tempatnya yang terpencil, kalau anda lihat kereta lebih dari 6 buah, anda kene parking di Jalan Utama.
Nama Gerai : Kampung Melayu Steak House
Wajib Order : Nasi Goreng Kampung + Apa sahaja makanan barat
Waktu Perniagaan : 7.00PM – 12.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 4/5





Liza Ishak
1 month ago
Waaaahhhh…. look nice & deliciuos… i already been there.. is good u know.. Anyway come and try it…
Noni
1 month ago
Satu lagi makanan western yang boleh dicuba dan harganya berpatutan ialah depan Masjid Kg. Melayu ( Medan Selera) tapi kadang-kadang buka, kadang-kadang tak..banyak jenis salad yang sedap dan murah, sesuai untuk kaki diet..kat situ pun ada Nasi Puyuh Penyet..sedap gak.. cubalah
hilda
1 month ago
saya dah cuba semua menu kat kg melayu steaks house ni..
smuanya sedap, tp yg paling sy suka fish n chips dia..
dgn size ikan yg bsr + salad + fries mmg x rugi lah mkn.
harga yg sgt berpatutan. wajar diberikan 5 bntang utk menu ni…
admin
4 weeks ago
Terima kasih semua atas komen, memang tidak dinafikan makanan di Kampung Melayu Steak House semuanya menarik.
nizam
4 weeks ago
quite a nice place..been there ages ago!..lame gile dah tu!bukan aku try ngan ko ke dulu shafiq?yang depan masjid punye tu memang boleh tahan,tapi bak kata noni..bile berkobar2 nak makan dia xbukak pulak(susu anak n diapers dia dah beli kot time tu;P)..n one more thing,servis agak slow sket yang depan masjid tu.now xtau la whether dah improve or not.kalo xbukak kenela makan yong tau foo yang agak sedap kat situ.
admin
4 weeks ago
tule, yang depan masjid memang kita try sesame. not bad. tapi problem dia memang jarang bukak, terpakse layan mee rebus. heheh
diela
4 weeks ago
hear quite nice… think need to try…. just wait…. i will be there….