Siapa yang tidak kenal dengan nama Wak Radol? Anda di Johor Bahru dan tidak kenal dengan Wak Radol? Hampa. Nama Wak Radol memang sinonim dengan Satay. Kalau hendak menikmati satay pasti ada sahaja yang akan mencadangkan Satay Wak Radol.
Terdapat 2 Restoran Wak Radol, yang pertama, masih ditempat asal, di Kempas (Denai) dan yang terbaru ialah di Taman Kemas. Memandangkan krew tinggal berhampiran Taman Kemas, semalam krew dan family makan malam disitu. 30 daging dan 15 ayam. Itu order utama kami. Disamping itu, Restoran Warisan Wak Radol menyediakan makanan nasi dan mee. Nasi Goreng Kampung dan Mee Bandung adalah antara makanan yang dijamu malam tadi.
Nama Gerai : Restoran Warisan Wak Radol
Wajib Order : Satay
Waktu Perniagaan : 7.00PM – 12.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3/5






Sonny
4 weeks ago
Wow….memang sedap dan berbaloi kalau makan kat sini….secocok baru 0.50 sen, makan sikit dah kenyang…rugi x cuba….