Chicken Chop Hutan Bandar @ Marissa Burger and Western

Terima kasih kepada pengunjung JBFoodClub. Semakin hari semakin ramai pengunjung yang mencari makanan-makanan di Johor Bahru. Inilah matlamat utama JBFoodClub, menjadi pusat sehenti informasi.

Sedang melihat ‘reaksi’ pengunjung melalui log pengunjung, ada yang mencari ‘Chicken Chop Hutan Bandar’. Sebenarnya krew sefamily telah mengunjung tempat yang semakin glamour dan menjadi buat mulut orang ramai pada hari Rabu lepas (27 Januari 2009). Sampai sahaja dihutan bandar, tempat letak kereta dikawasan tersebut penuh. Hari Rabu. Penuh. Memang pelik. Dapat sahaja meletak kereta, terus mencari tempat makan. Nasib baik ada.

Nama restoran ini ialah Marissa Burger and Western. Menghidangkan kesemua jenis makanan western. Paling popular, Chicken Chop RM5, ya lima ringgit. Sirloin steak, Fish and Chip, Lamb Chop dan Oblong (sejenis burger serupa proseperity burger McDonalds).

Kami menempah pesanan, Chicken Chop, Sirloin dan Fish and Chip. Suasana meriah menyelubungi Hutan Bandar. Ramai pengunjung seolah-olah terasa seperti hujung minggu. Dengar perbualan dari pelayan, kalau hujung minggu lagi penuh. Tidak dapat banyangkan. Hari rabu yang krew pergi pun dah rasa sesak apatah lagi hujung minggu.

Makanan tiba, boleh dikatakan pantas. Untuk harga RM5, ianya hanya ok. Chicken chop yang diterjemahkan oleh Marissa Burger Western adalah 3 fillet ayam, coleslaw, kentang goreng, black-pepper gravy. Mungkin itu yang patut anda dapat dengan harga RM5. Fillet ayam yang biasa, bread-crumb seperti bancuhan tepung goreng pisang, dan black-pepper gravy yang tidak berapa mesra dengan ayam. Ya krew tahu, Chicken Chop sepatutnya dimakan dengan chilli sauce sahaja.

Lamb chop pula dengan portion yang agak besar. Fish and chip biasa-biasa sahaja. Krew mendapati hidangan yang dihidangkan adalah ok sahaja. Mungkin kalau sesak-sesak hujung bulan tapi tekak nak makan sedap, boleh la berkunjung kesini.

Tetapi dengan hanya marketing pada akhbar tempatan, tempat ini menjadi popular dan buah mulut orang JB. Kalau anak buah/saudara sibuk nak makan chicken chop, boleh sahaja bawa kesini. :)

Nama Gerai : Marissa Burger and Western
Wajib Order : Chicken Chop
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Food Rating : 3/5
Service Rating : 3.5/5

Fish and Chip

Fish and Chip


Chicken Chop

Chicken Chop


Lamb Chop

Lamb Chop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...