Nasi Goreng Seafood Stulang

Tempat ini di ketahui oleh krew, apabila diberitahu oleh rakan sekerja. Selalunya jika tekak teringin memakan seafood, pergi tempat yang sama, Carabou, Damai. Menurut rakan sekerja, menu special pada tempat ini ialah nasi goreng seafood.

Pada hari Sabtu yang lalu, krew sekeluarga menyinggah ke tempat ini untuk makan malam. Seperti biasa, nasib baik datang awal, kalau tidak kene menunggu. Krew order nasi goreng seafood, ikan bakar dan sotong goreng sambal. Yang uniknya tempat ini, hanya masakan nasi goreng seafood sahaja yang ada. Jangan ngada-ngada hendak order kuey-tiaw goreng ke, mee hailam ke. Salah tempat! Menurut sumber yang dipercayai, tuan punya restoran ini mempunyai kelong sendiri dimana semua hasil laut yang diperolehi adalah segar. Mungkin ada kebenarannya kerana sotong yang tempah, sentiasa kenyal dan besar-besar.

Jika ke tempat ini, nasi goreng seafood nya digoreng diatas pan yang leper, ala cam masak burger tu, tetapi ianya besar. Sepinggan atau krew patut tulis sebungkus nasi goreng seafood mempunyai portion nasi yang banyak (boleh dimakan dua orang), dua ekor udang yang besar. Pasti puas hati. Ikan pari bakar pula memang paling enak dan best pada krew jika hendak dibandingkan dengan Ikan Bakar Tip Top. Sotong goreng sambal pula, sukar digambarkan, kekenyalan dan kemanisannya. pergh. Hanya satu ekor sotong sahaja cukup untuk dimakan oleh 4 orang dewasa.

Nama Gerai : Restoran Makanan Laut
Lokasi : Belakang Restoran Zorro Stulang.
Wajib Order : Nasi Goreng Seafood
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5

nasi goreng seafood

nasi goreng seafood


sotong masak sambal.

sotong masak sambal.


ikan bakar

ikan bakar


in the making

in the making

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...