March 1, 2010 Shafiq Mustapa 2 Comments
Nasi Beriani. Kalau dahulu jika ingin memakan nasi beriani hanya didapati pada musim perkahwinan. Sekarang tidak lagi, restoran yang mendiakan hidangan nasi beriani kini berlambakan. Tetapi yang paling popular ialah Nasi Beriani Batu Pahat. Kenapa dengan Batu Pahat. Krew pun tidak tahu. Kalau dekat Kuala Lumpur, ada sahaja yang menmbah Nasi Beriani Batu Pahat, kesahihannya masih diragui.
Restoran Shahab memang lain. Dikhabarkan oleh krew dari sepupunya sendiri, memang pengurus restoran ini berasal dari Batu Pahat. Pertama kali menjejakkan ke Restoran ini rasanya hampir 2 tahun dahulu, rakan krew ada interview di Al-Ikhsan Taman Universiti yang direkemenkan oleh pengurus restoran ini, Syed Musa. Memang waktu tengahari pula, perut sudah berkeroncong, terus rakan krew mengenalkan kepada restoran ini.
Krew jamin, nasi beriani yang dirasai 2 tahun lalu, masih sama rasanya hari ini. Entah kali keberapa krew datang kesini untuk menjamu nasi beriani shahab ini. Nasi Beriani yang lembut, dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti beriani kambing, daging dan ayam, ada juga ayam masak merah (cepat habis…). Set makanan akan dilengkapi dengan papadom, kuah dalca dan acar sayur nenas.
Restoran Shahab menjadi tumpuan pelajar UTM serta staffnya, diakui ‘the best in world’ (testimonial), krew juga berpendapat demikian.
*Protip
1. Datang awal, kalau tidak papadom habis
2. Datang awal juga, kalau tidak ayam masak merah juga habis.
Nama Gerai : Restoran Shahab Beriani House
Lokasi : No 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti
Wajib Order : Nasi Beriani + apa-apa jenis lauk
Waktu Perniagaan : 10:00AM – 5.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5
ayam, batu pahat, beriani, daging, gam, kambing, nasi beriani, shahab Lunch
[...] kawasan Taman Universiti, so krew terpaksa menelefon @tokrimau , dan rupanya ia sederet dengan Restoran Shahab cuma berlainan blok. Nasi ayam penyet Restoran Pinang memang menarik, krew memang suka ayam tua dan [...]
[...] krew makan dan rasa. Manakala nasi beryani pula tidak perlu dibanggakan sangat. Pada hemat krew, beryani shahab lagi power. Tetapi ini berkemungkinan cara memasak beryani bagi setiap negeri di timur tengah [...]