Kacang Pool Haji @ Medan Selera Larkin

Jika pengunjung mengikuti musim terbaru Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, terdapat satu lagi tempat yang telah di’terjah’ oleh krew JJCM yang mencuri perhatian krew. Adakah tempat ini cawangan terbaru atau memang diusahakan oleh warga Kuala Lumpur. Ternyata ianya adalah cawangan terbaru. Hebat perniagaan makanan ini, boleh ada cawangan.

Cawangan terbaru yang dimaksudkan ialah Kacang Pool Haji, yang popular di Johor Bahru. Ahad lepas, setelah berjalan dan membeli-belah sambil menunggu waktu lewat untuk makan malam, krew menyinggah di Medan Selera Larkin yang terletak bersebelahan Bomba. Ternyata ramai pengunjung yang ingin menikmati Kacang Pool yang trlah mendapat review yang meluas melalui rancangan JJCM.

Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai pada bila-bila masa sahaja untuk dimakan. Tidak hairanlah tempat ini dibuka dari seawal 7 pagi sehingga 1 pagi. Juadah yang simple, tetapi menarik. Satu set lengkap kacang pool didatangkan bersama roti bakar, semangkuk kacang pool bersama telur mata lembu. Roti bakar yang agak lembut disiat dan dicicah kedalam kacang pool sambil mencubit telur mata lembu, pergh enak. Kalau time hujan makan lagila best.

Seingat krew (tolong betulkan jika tersalah fakta), memang ada hanya satu perniagaan sahaja yang menyediakan kacang pool iaitu Kacang Pool Haji. Tidak adil untuk dikatakan ianya paling sedap sebab hanya ada sebuah perniagaan sahaja yang menghidangkan makanan ini.

Sebenarnya ibu kepada krew juga pandai memasak makanan kacang pool, mestilah masakan ibu yang terbaik. Kalau ada rezeki, insya-Allah krew akan buka perniagaan kacang pool (doakan), boleh bersaing ngan Tuan Haji. Berangan betul krew ini.

Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu apa itu kacang pool, sila menjamu selera dengan menatap gamabar dibawah. Jaga-jaga air liur tu, nanti basah keyboard.

Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Kacang Pool Haji

Kacang Pool Haji


Kacang Pool

Kacang Pool


Roti Bakar Kacang Pool

Roti Bakar Kacang Pool


ABC

ABC


Ais Jagung

Ais Jagung


Ais Jelly

Ais Jelly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...