Kacang Pool Haji @ Medan Selera Larkin

March 18, 2010 Shafiq Mustapa 17 Comments

Jika pengunjung mengikuti musim terbaru Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, terdapat satu lagi tempat yang telah di’terjah’ oleh krew JJCM yang mencuri perhatian krew. Adakah tempat ini cawangan terbaru atau memang diusahakan oleh warga Kuala Lumpur. Ternyata ianya adalah cawangan terbaru. Hebat perniagaan makanan ini, boleh ada cawangan.

Cawangan terbaru yang dimaksudkan ialah Kacang Pool Haji, yang popular di Johor Bahru. Ahad lepas, setelah berjalan dan membeli-belah sambil menunggu waktu lewat untuk makan malam, krew menyinggah di Medan Selera Larkin yang terletak bersebelahan Bomba. Ternyata ramai pengunjung yang ingin menikmati Kacang Pool yang trlah mendapat review yang meluas melalui rancangan JJCM.

Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai pada bila-bila masa sahaja untuk dimakan. Tidak hairanlah tempat ini dibuka dari seawal 7 pagi sehingga 1 pagi. Juadah yang simple, tetapi menarik. Satu set lengkap kacang pool didatangkan bersama roti bakar, semangkuk kacang pool bersama telur mata lembu. Roti bakar yang agak lembut disiat dan dicicah kedalam kacang pool sambil mencubit telur mata lembu, pergh enak. Kalau time hujan makan lagila best.

Seingat krew (tolong betulkan jika tersalah fakta), memang ada hanya satu perniagaan sahaja yang menyediakan kacang pool iaitu Kacang Pool Haji. Tidak adil untuk dikatakan ianya paling sedap sebab hanya ada sebuah perniagaan sahaja yang menghidangkan makanan ini.

Sebenarnya ibu kepada krew juga pandai memasak makanan kacang pool, mestilah masakan ibu yang terbaik. Kalau ada rezeki, insya-Allah krew akan buka perniagaan kacang pool (doakan), boleh bersaing ngan Tuan Haji. Berangan betul krew ini.

Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu apa itu kacang pool, sila menjamu selera dengan menatap gamabar dibawah. Jaga-jaga air liur tu, nanti basah keyboard.

Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Kacang Pool Haji

Kacang Pool Haji


Kacang Pool

Kacang Pool


Roti Bakar Kacang Pool

Roti Bakar Kacang Pool


ABC

ABC


Ais Jagung

Ais Jagung


Ais Jelly

Ais Jelly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

, , , , , , , , Breakfast, Dinner, Lunch, Snacks

17 Comments → “Kacang Pool Haji @ Medan Selera Larkin”

  1. kiki 1 year ago  

    kat mana restaurant kacang pool haji kat kl ye????

  2. kikisengal 1 year ago  

    Bongok

    Quote:

    “kat mana restaurant kacang pool haji kat kl ye????”

  3. admin 1 year ago  

    damansara, exact location tidak diketahui, kalau ada nnt krew update

  4. hasbiya 1 year ago  

    rasanya klau xsilap damansara perdana..td baru tgk kt MHI..tp detail alamat dia xpasti..klau ada siapa2 yg tahu email alamat dia kt email sy TQ.kacang pool mmg sedap sgt2..

  5. ghous 1 year ago  

    Aku kenal haji yang menjual kacang pool haji di bomba dan cawangan di damansara perdana.
    Kerana resipi original kacang pool di JB ni sebenarnya kepunyaan arwah pakcik ku.
    Original kacang pool ni dijual di warung batu jb. Aku pelik manusia, padahal resipi ini arwah yang berikan padanya kerana haji tersebut telah bertungkus lumus mendapatkan ramuan daripada arwah. Tapi kenapa haji tersebut berani membuat pengakuan bahawa resipi ini adalah ideanya sendiri atau mendapat ilham semasa dia di mekkah? Setahu aku cawangan damansara perdana ada 2 sharepartner, tetapi dengar dengar berita sekarang hanya haji owner. aku cuba nak mendapatkan contact sharepartnernya itu. Sesiapa yang tahu, sila PM. Hutang emas, dibawa belayar… pandai mengaku resipi keluarga aku itu resipi kamu.

  6. lee bruce 1 year ago  

    haha! terpanggil saya untuk menjawab komen diatas, saya memang peminat kacang pool.
    Dulu kacang pool yang best adalah di hartamas. saya rasa resipi kacang pool hartamas dan kacang pool haji adalah resipi yang sama. Tetapi restoran itu telah ditutup kerana ownernya telah meninggal. Mungkin ini adalah orang yang sama kita maksudkan. Buat makluman admin, banyak lagi restoran yang menyediakan kacang pool ni selain kacang pool HAJI. Di Taipan ada satu, Shah Alam ada satu dan Rasta TTDI pun adaaa.. baru baru ini IS STew and kacang pool. Cubalah cari di facebook, ada websitenya. En. Ghous, saya sangat kenal dengan sharepartner kacang pool haji itu. Seorang perempuan kecil molek dan sangat berani. Oleh kerana mendengar cerita tentang apa yang berlaku pada sharepartner haji yang perempuan itulah yang membuatkan saya tidak menjejakkan kaki saya ke kacang pool haji damansara perdana dan mungkin tidak di cawangan jb juga. Sehingga hari ini saya cuma melihat dari seberang jalan prestasi restoran tersebut… memang betu, berbuat baik dibalas baik. Berbuat jahat… allah tetap akan membalas yang tak best. Restoran itu sejak mac lalu kerap tutup kedai. apekah??

  7. Weeno 1 year ago  

    Cafe damansara ni dah tutup ke atau berpindah?
    Kami singgah tetapi signboard semua dah tak ada.
    Haih… tak sampai setahun dah tutup. Takkanlah?

  8. sylo 1 year ago  

    saya pergi ke kacang pool bomba,
    hilang selera nak makan kerana gerainya nampak kotor dan pekerja
    yang nampak selekeh.
    Haruslah ke kacang pool singapura.
    Haih!

  9. Kat 1 year ago  

    sya ke Damansara Perdana, PJ nk g mkn Kcg Pool Haji sbb tgk dlm Jalan2 Cari Makan host nye Serina Chef Wan tpi tgk restoran Kcg Pool Haji dh xde kat sana…ada sape2 tau mereka pindah kat mana pulak ni?

  10. sani 1 year ago  

    saya try kacang pool baru2 ni di MAHA 2010, mmg kick-ass la
    shedap.. Sesuai utk bebila masa. silap tk bantai banyak sket time
    tue.

  11. Johor Bahru Guy 1 year ago  

    It’s absolutely delightful! For the first time you try it, you even want some more.

  12. rizal 1 year ago  

    kacang pool ni ada halal certification kah? Ragu.
    Tipula jalan jalan cari makan. Mana ada kacang pool tu lagi

  13. Shafiq Mustapa 1 year ago  

    Ustaz saya kata kalau ragu nak makan sesuatu makanan, jangan makan.

  14. erni 9 months ago  

    baru je makan kacang pool semalam….hubby tapau bw dr larkin…..suprise la…..ermmmm mmg bantai makan le dah lame tak makan….hehehehe…..

  15. mamod 9 months ago  

    sya baru shj pergi mkn kacang pool ket Larkim…ok rasa lain macam sikit dan ada sedikit kelainan dan bercadang nk mkn lagi…syabas satu lg resepi baru dipasaran hak orang melayu dimalaysia le kiranya…saya juga bercadang nak juga buka perniagaan ini di tempat saya(Perlis) inyaallah kiranya ade kesempatan..cuma nk tau anggaran modal saje

  16. zain 9 months ago  

    salam

    semalam saya makan kacang pool kat bomba Larkin..memang sodap..

  17. yus 4 days ago  

    salam.

    kat mana boleh jumpa lagi hidangan kacang pool ni selain drpd JB.

    Area Shah Alam, BB bangi ada tak?

    Tq..:)

Leave a Reply