Ayam Goreng Dapur Kayu

3 tahun mencari tempat ini. Selalu dengar dan mendapat feedback yang positif. Cepat habisla, lambat datang tinggal kayu la dan macam-macam lagi.

Pada hari Rabu yang damai, sekali lagi misi mencari tempat ini, terdahulu, menggunakan Foursquare untuk mencari tempat ini, tapi gagal. Kali ini, klue terbaru ‘berdepan dengan kilang nestle’. Pandu perlahan-lahan, ternampak kilang nestle, toleh ke kanan. Sah. Memang tepat, banyak kereta berderatan parking dikiri dan kanan bahu jalan. Jam menunjukkan 1.30. Hati berdebar takut ayam habis. Orang ramai sedang menikmati juadah masing-masing.

Langkah kanan. Sampai sahaja dikaunter, stok ayam goreng baru sampai, krew capai mangkuk kecil dan sambar 3 ketul ayam goreng. Memang simple jenis perniagaan macam ini. Ambil ayam goreng berapa ketul yang mahu, kemudian cakap kat kaunter, “Kak, 2 orang makan”. Terus disediakan 2 pinggan nasi, 1 kuah kari ayam, 1 kuah asam pedas, 1 sambal tumis, dan 1 acar timun/nenas. Tercari-cari krew tempat duduk sebab padat dengan pelanggan. Dapat sahaja tempat duduk, terus ayam goreng yang dipotong-potong, nasi berserta lauk terhidang diatas meja.

Layan. Rangup diluar dan lembut isi ayam didalam. Panas-panas lagi ayam goreng ini. Kuah kari dan asam pedas boleh tahan. Jam 1.50 kedengaran dari kaunter ayam sudah habis. Diingatkan, lain kali perlu datang lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Nama Gerai : Ayam Goreng Dapur Kayu
Lokasi : Gerai MBJB Jalan Petaling
Wajib Order : Ayam Goreng
Waktu Perniagaan :10:00AM – 2.30PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Ayam Goreng Dapur Kayu
Ayam Goreng Dapur Kayu

Kecur...
Kecur...

Lagi kecur...
Lagi kecur...

Kaunter
Kaunter

Set makanan tengahari
Set makanan tengahari

6 Comments

  1. Chettt. Aku ingatkan ayam goreng kat manalah tadi. Patutlah aku mcm tau2 jek Jln Petaling. Tuan Admin, lain kali tulis ler lokasi dia dekat dgn Pusat Pos Laju JB, dkt Kg Ungku Mohsin.

    Tapi, experience aku yg lepas2 makan kat situ, biasa2 ajek taste ayam dia. Nothing that special or unique yg membuatkan aku giur sesangat.

    Satu sbb kenapa org ramai makan kat situ, pasal crowd pekerja2 kilang, nak2 time lunch. Jalan Petaling tu kan mmg kawasan kilang.

    Cuma aku kurang sikit — pasal lokasi gerai2 nih — kat tepi jalan dowh. Also, kalu time ari panas, maunya kena heat stroke makan kat ctu. LOL

    Dulu kat simpang Jln Bakti, ada satu gerai makan … konsep lebih kurang gerai2 MBJB nih. Gerai tuh dulu mmg hebat giler. Tp kene dirobohkan, digantikan dgn gerai2 MBJB yg ada skrg nih.

  2. dulu kedai dapur kayu ni betul2 kat simpang 3 nk ke pusat poslaju tu.. selalu gak mkn tgh ari kat situ.. taste ok la, not bad. leh la consider sama jenis mcm nasi kukus ayam goreng berempah punya stail.. versi johor..so xde la gulai kawah tp ganti kuah kari/asam pedas ngan paceri..

  3. bro kat situ harga mcm mahal walaupun persekitaran pkj kilang…. better makan nasi lemak kat WArung Mana lagi kat area tmn perling… sedap n murah

Leave a Reply