[BTJ] Serasi Burger

Scene burger di Johor Bahru ini agak memberansangkan. Kadang-kadang kalau dalam kawasan perkampungan/taman perumahan setiap 100 meter mesti ada satu. Perkembangan perniagaan yang sihat, berdaya saing dan maju (ayat!). Sudah pasti yang untungnya ialah pembeli seperti kita. Banyak pilihan.

Di Kampung Melayu sahaja, boleh dikatakan setiap 100 meter mesti ada gerai burger. Dan yang paling mendapat perhatian krew ialah Serasi Burger di Jalan Masjid, Kampung Melayu. Bayangkan, jam 1.00 pagi, hari bekerja, orang beratur dengan setia menunggu burger mereka dimasak. Pernah sekali, jam 2.30 pagi pada hari Sabtu, krew saja menyinggah dan gerai masih dibuka dan ramai orang. Memang terbaik.

Selalu krew order Burger Daging Special Telur Tenggek. Itu krew panggil la. Sebenarnya, telur tu telur yang dimasak style banjo. Tidak gemar daging burger diselimut dengan telur. Kadang-kadang kalau time bulan sabit, letak cheese la, kalau bulan mengambang biasa je. Hehe.

Semalam sempat berbual ngan owner. Dia kata dia tidak pernah mengira berapa banyak dia jual satu hari apabila krew bertanya. Jawapan ringkas, hari biasa, boleh dua kotak, hujung minggu boleh 2 kotak. OK, jom kira, satu paket burger ramly ada 6 keping daging/ayam. Satu kotak ada dalam 30 paket (atau 32 paket). Kalau di darabkan 2, 360 keping daging burger sehari. Hujung minggu hampir 540 keping. Pergh. Pakcik kayo!

Apa yang best sangat burger dekat Serasi Burger ni. Ada satu part dia letak ‘perencah istimewa’ dan untuk mayonis, ianya disapu diatas bun, bukannya dipicit seperti kebanyakan gerai burger yang lain.

BONUS

Ada video ‘the making of’ dibawah. sila like or sebar-sebarkan. Terima kasih.

Nama Gerai : Serasi Burger
Lokasi : Jalan Masjid, Kampung Melayu
Wajib Order : Burger Daging Special Telur Tenggek with Cheese
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 3.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Maps/Foursquare :

Baris Sedia!
Tu dia
Final touch
Banyak sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...