The Ark Restaurant – Steamboat and BBQ

Ramai yang bertanya di manakah tempat makan steamboat yang menarik diruang shoutbox di laman utama JBFoodClub ini. Krew pernah cuba Rawa di Taman Pelangi dan kurang berminat. Krew ingin berkongsi satu tempat yang selalu juga krew singgah untuk menikmati makanan ala steamboat dan bbq.

The Ark Restaurant, Taman Molek. Sepanjang 3 tahun krew makan disini, sudah dua kali restoran ini bertukar owner. Sekarang ada karaoke di bahagian atas restoran ini. Satu pembaharuan yang bagus. Jika terdahulu, tempat yang selalu krew pergi untuk ber’steamboat’ dan ber’bbq’ tempatnya di Hanamasa, Majidee Park. Sekarang Hanamasa dah tutup. Memang The Ark tempat selalu krew menikmati steamboat dan bbq.

Terdapat ruang open air yang memang sesuai untuk aktiviti bbq. Ada juga ruang berbumbung untuk keselesaan pengunjung yang berkeluarga jika membawa anak kecil. Disini, dengan RM17 anda makan sampai kedai tutup pun takpe. Semua yang anda boleh makan dengan harga RM17 sahaja. Terdapat air free-flow, air krim untuk pencucui mulut. Memang mewah. Kalau orangnya memang pemakan, memang inilah tempatnya.

Segala jenis makanan laut ada, udang, sotong, ketam. Ayam, daging. Sayuran pun banyak, nugget, kentang, apa sajalah asal boleh digoreng dan direbus.

Nama Gerai : The Ark Restaurant
Lokasi : 22/24 Jalan Molek 2/2, Taman Molek Utama (Belakang RHB)
Wajib Order : Steamboat and BBQ (RM17)
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 3.00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5
Maps/Foursquare :

Pilihan aneka steamboat

Pilihan aneka steamboat


Daging, Udang, Ayam. Free flow. Makan sampai kenyang.

Daging, Udang, Ayam. Free flow. Makan sampai kenyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...