Pertandingan Foto JB Food Club

JBFoodClub dan blogger Syed Syahrul Zarizi yang bolehla tersohor (haha) bergabung tenaga untuk menjalankan pertandingan fotografi. Tema dia sudah tentu la ‘Makanan’. Ambil gambar makanan yang anda makan dan email ke sicksandgmailcom dengan tajuk Pertandingan Fotografi.

Dengan ini saya dan laman web makanan popular JB Food Club ingin menjemput anda semua yang suka 1) Makan dan 2) ambil foto makanan yang sedap-sedap tu untuk menghantar foto anda semua ke pertandingan foto anjuran bersama blog ini (syedsyahrul.blogspot.com) dan JB Food Club (jbfoodclub.com)

Butiran lanjut adalah seperti berikut

1. Siapa boleh turut serta?
Semua boleh, tapi kalau korang duduk jauh postage mahal gile korang kene datang collect hadiah sendiri

2. Tema?
Makanan. Paling mengiurkan menang

3. Tarikh tutup?
31 Januari 2011

4. Di mana saya mahu hantarkan gambar saya yang comel-comel ni?
Foto boleh dihantar ke email sicksand@gmail.com dengan tajuk : Pertandingan Fotografi

5. Saya dengar hadiah dia sebuah Viva Limited Edition
Eh, kabar angin je tu. Hadiah dia merupakan 2 (dua) bag kalis air Neoprene untuk DSLR anda yang comel (sais s). Jadi, lain kali pergi makan boleh bawak kamera canggih korang tu sekali. Insyallah tempat ke 3 pun akan ada hadiah. terpulang kepada sponsor kita

6. Bila pemenang akan diumumkan?
Pemanang akan diumumkan di blog ini(syedsyahrul.blogspot.com) dan JB Food club(jbfoodclub.com) pada 2 Februari 2011

Apa lagi? Jom tangkap gambar!

Join the Conversation

2 Comments

  1. kalau nak cuba makan tengahari atau goreng2,lehla cuba Restoran Azah’s Cafe 24 jam kat jln ABdullah tahir(kedainya berhadapan ngan NAsi lemak SIMPLE)…sebaris ngan HOTEL SELESA – bangunan METROPOLIS…rasanya masakan kat situ sedap..cubala berkunjung kesana…istimewanya pagi jam 8 am lagi dah leh order goreng2 cam mee goreng ayam,nasi goreng kampung dll..

  2. nak tanya adakah gambar makanan yang dimaksudkan mesti diambil dari rangkaian kedai-kedai di JB shoppe sahaja ? Apakah koleksi makanan masakan sendiri dirumah layak memasuki pertandingan ini

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.