Roti Canai Man Tebar/Ajip

Kalau di Kampung Melayu, memang banyak gerai roti canai, berpuluh-puluh. Kalau hari bekerja, berkemungkinan kurang sambutan tapi apabila tiba hujung minggu, hampir semua gerai penuh dengan pelanggan. Difahamkan ada datang dari seluruh pelusuh Johor Bahru dan juga Singapura.

Satu gerai yang selalu krew kunjungi untuk menikmati roti canai ialah di Jalan Aman, Kampung Melyu. Man Tebar dan Ajib. Nama mereka berdua memang terkenal. Sebelum gerai di Jalan Aman, mereka mempunyai gerai disekitar Kampung Melayu. Setelah pembinaan Dewanraya, mereka mendapat gerai tetap dikawasan tersebut.

Hujung minggu memang padat dengan pelanggan, kadang-kadang seawal 10 pagi roti canai telah habis. Untuk elak kekecewaan di sarankan supaya datang awal kerana parking agak penuh dan susah. Pada Isnin lepas, krew dan famili mengambil kesempatan hari bekerja untuk menjamu roti canai. Anak krew juga menggemari roti canai. Agak lapang dan parking mudah diperolehi.

Apa yang menarik sangat roti canai man tebar ini? Pada krew ia terletak pada sambal nya. Kalau order krew pastikan sambalnya diasingkan dan diletak diatas mangkuk yang berlainan. Kuahnya kari juga agak lazat. Roti canai yang lembut memang sesuai dimakan panas-panas dengan kuah kari yang lazat.

Nama Gerai : Man Tebar Roti Canai
Lokasi : Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee

Wajib Order : Roti Kosong, Roti Telur
Waktu Perniagaan : 6.30:00AM – 11.00AM / 5.00PM – 10.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5


Kuah Kari
Kuah Kari

Tak sabar menunggu roti canai
Tak sabar menunggu roti canai

Roti Tampal
Roti Tampal

Roti Kosong
Roti Kosong

One Comment

Leave a Reply