Nasi Ayam Penyet @ Restoran Pinang

Antara carian paling popular di JBFoodClub ialah ‘nasi ayam penyet’. Musim ayam penyet memang tengah naik. Restoran yang menyediakan nasi ayam penyet semakin hari semakin banyak di Johor Bahru. Bayangkan la kalau restoran mamak pun nak join scene ayam penyet. Dan ramai pula penggemarnya, sehingga ramai yang mencari-cari ‘the best’ nasi ayam penyet.

Ada yang mengklasifikasi, ayam yang menjadikan nasi ayam penyet tu sedap, ada pula mengatakan sambal belacan yang kene power. Kombinasi kedua-kedua lagila menambahkan kredibiliti restoran yang menawarkannya. Krew bukanlah peminat ayam penyet, tapi pernah makan dibeberapa tempat, antaranya restorang di Kampuing Sepakat (sebelah BBU), Restoran ZZ (sebelah Hospital), Restoran Kampung Danga, Cafe C2SE, Nusajaya dan yang terbaru di Restoran Pinang.

Beberapa penggemar mengatakan nasi ayam penyet di Restoran Pinang adalah yang terbaik, menggunakan ayam tua, sambal belacan ‘to die for’ ( kene tambah extra ). Krew tidak mahir kawasan Taman Universiti, so krew terpaksa menelefon @tokrimau , dan rupanya ia sederet dengan Restoran Shahab cuma berlainan blok. Nasi ayam penyet Restoran Pinang memang menarik, krew memang suka ayam tua dan sambal belacan yang pedas. Memang krew rekemen la tempat ni kalau nak berpeluh time makan.

Nama Gerai : Restoran Pinang
Lokasi : 34, Jalan Pendidikan 3,Taman Universiti, 81300

Wajib Order : Nasi Ayam Penyet
Waktu Perniagaan : 05:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3/5

Restoran Pinang

Restoran Pinang


Nasi Ayam Penyet

Nasi Ayam Penyet


Baru memulakan perniagaan

Baru memulakan perniagaan


Nasi Ayam Penyet Closeup

Nasi Ayam Penyet Closeup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...