Bubur Nasi Istimewa No. 1 @ Sentosa

Scene makan bubur malam-malam ini memang banyak di Johor Bahru. Tapi yang paling ‘glamer’ dan popular ialah di Taman Sentosa. Zaman muda remaja dulu-dulu memang rajin la lepak disini sambil menikmati bubur. Masing-masing memperagakan kereta apabila melungsuri laluan yang agak kecil dikawasan itu. Gerai yang dibuka ditepi jalan deretan kedai-kedai di Taman Sentosa memang menjadi tumpuan sehingga ke lewat pagi.

Makan bersama kawan-kawan berbumbung kan langit memang seronok. Gerai ini juga menjadi tumpuan pelbagai bangsa, ada yang datang dengan family, kawan-kawan sepejabat dan macam-macam lagi.

Set biasa yang dihidangkan bersama bubur ialah, kangkung masak belacan, sambal, ikan masin, telur masin dan sambal ikan bilis. Anda juga boleh menambah hidangan seperti kerang rebus, lala, ikan bakar dan lain-lain. Perkhidmatan disini memang pantas dan pembantu semuanya memang ramah mesra. Best.

Nama Gerai : Bubur Nasi Istimewa No. 1
Lokasi : Deretan Gerai Makan, Jalan Sutera, Taman Sentosa

Wajib Order : Bubur Nasi Istimewa No.1 + Kerang Rebus
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 02.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 5/5

Kerang Rebus

Kerang Rebus


Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan


Sambal Ikan Bilis

Sambal Ikan Bilis


Telur masin, kacang, jeruk cepoh, ikan masin, sambal

Telur masin, kacang, jeruk cepoh, ikan masin, sambal


Bubur Nasi Istimewa

Bubur Nasi Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...