Majidee. Memang glamer habis la majidee ni. Kampung krew. Hehehe. Ok, Majidee Steak memang warung makanan paling glamer la kat kawasan itu. Siapa tak kenal Jabar. Sebelum berada di deretan gerai Jalan Kemboja, Majidee Steak telah beroperasi di Jalan Bunga Ros, di persimpangan Jalan Antoi. Scene steak/western food ini dahulunya tidak banyak, Sweet 17, Jaafar Steak, Kampung Melayu Steak House antara yang krew ingatla yang boleh dikategorikan sebagai pioneer
Lokasi sekarang memang senang hendak dikenal pasti, parking space pun banyak. Dari traffic light Giant(Extra) dan Honda Sri Sutera, disimpang pertama iaitu jalan Kemboja belok ke kanan dan kelihatan deretan gerai. Gerai dibuka dari jam 6 petang hingga ke 12 malam. Tutup pada hari selasa.
Antara menu wajib yang diorder ialah Chicken Chop. Saiz hidangan (portion) agak besar berbanding gerai lain. Bread crumb juga agak tebal dan rangup. Side dish, french fries dan coleslaw. Gravy hanya dengan satu perisa sahaja iaitu blackpepper gravy, yang digunakan juga untuk lamb chop, dan sirloin steak.
Jangan order pelik-pelik, macam ayam goreng kunyit ke, tomyam ke, nanti jabar jerit “tomyam tomyam takde, ni semua tom jones je”
Selain menyediakan western food, masakan goreng-goreng juga. Antara krew recommend ialah Nasi Goreng Kampung, minta pedas. Boleh dikatakan nasi gorang kampung jabar ni, one of the best in JB la. Mee goreng dan juga mee bandung not bad. Itu antara yang selalu diorder oleh krew kalau berkunjung ke sini.
Nama Gerai : Majidee Steak (Jabar)
Lokasi : Deretan Gerai Jalan Kemboja

Wajib Order : Mee Wantan Sup / Mee Wantan Kering / Mee Hokkien
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5











muserella says:
Saya selalu layan JBfood club, bukan berasal dari Johor & baru je menetap di JB. Ada lebih baik kalau JBfood club boleh upload skali gambar signboard kedai dlm setiap thread baru. Sebab kadang2 confius especially kalau kedai tu berada diantara kedai2 yg banyak. Potensi untuk tersalah kedai tu tinggi.. (berdasarkan pengalaman)
Adha says:
Salam tuan moderator,
last saturday mlm masuk jalan tue x nampak pun kedai nyer…puas pusing2 kat jalan kemoja tue….x jumpa pun kedainyer…..last2 x jumpa saya mkn kat saffiya seafodd kat atas sket tue…harap tuan dpt bg detail ngan gambar kedai sekali….
Shafiq Mustapa says:
Adha,
Kedainya betul-betul di hujung, kalau adha masuk dari jalan kemboja memang dah nampak kedai tu dari penjuru. Sorry, kalau tak jumpa. Nanti krew amik gambar signboard.
Dysha says:
Penat sy cr kedainya tp xjmpe pn..last2 blk mkn dkt rumah sy kt pasir gdg je..
shalizakhairi says:
wah. dekat je kedai jabar tu dengan rumah saya. tapi tak pernah pergi pun. macam ni nak pergi lah. macam sedap je tengok. hehe.
sarah says:
bukak lagi ke? harga die mcmne?
Shafiq Mustapa says:
sarah,
jabar tak bukak kedai dia sejak raya lagi. dengar cerita dia sudah bawak teksi, tapi kedai akan bukak juga nanti. cuma kene tunggu je la.
Man says:
Kedai tu dh roboh ke?
Shafiq Mustapa says:
tak roboh, cuma tak berniaga sejak bulan puasa.
Beyta says:
range harga macam mana???
Jack says:
Admin,itu majidee steak sudah bungkus ka pa….baru tadi pusing,ingat nak kena Lamb Chop…sekali apa pun takde seh…Tom Yam jugak yang gua nampak…nak lepas gian punya pasal,JAAFAR Steak Larkin pilihan seterusnya…
Blog bagus,tapi kena updated selalu…
1)Port Ais Kacang kena updated
2)Asam Pedas terbaik kena update
And so on…
Shafiq Mustapa says:
Buat masa ini memang tutup. kene update all post, dan append kat post [TUTUP]. Amacam?