First time, bila tengok orang beratur panjang dekat Pasar Tengahari, Jalan Tengah off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, memang kene beli. Uncle Bob Fried Chicken. Itu nama gerai di tapak pasar tengahari. Rupanya memang agak popular uncle bob fried chicken ini.
Balik Johor, terus memulakan pencarian gerai Uncle Bob ni. Tengok website Uncle Bob cuma dilistkan di pasar-pasar malam sahaja. Kemudian ada info mengatakan terdapat di City Square. Berada di tingkat 3 di bahagian Inner City. Anda boleh menikmati dengan dua perisa, Regular serta Hot & Spicy. Ia juga menjual Takoyaki dan free flow drink (bottomless) dengan hanya RM2.
Setelah bertanyakan dimanakah outlet lain selain City Square di Facebook JBFoodClub,berikut adalah senarai outlet Uncle Bob yang boleh anda cari: U-Mall, Sutera Mall, AEON Jaya Jusco Bukit Indah, AEON Jaya Jusco Tebrau City.
Menunya simple, ayam goreng yang dipotong secara ‘fillet’, tanpa tulang, dan tanpa kulit. Di saluti dengan tepung yang amat crispy bila digoreng. Setelah digoreng ianya boleh dipilih samada hendak menambah perisa ‘Hot & Spicy’ ataupun regular sahaja. Kemudian ianya dipotong ‘bite-size’ dan dimasukkan kedalam beg kertas. Boleh dinikmati dengan santai, duduk dimeja ataupun sambil berjalan-jalan.
Harga : RM5.50
Nama Gerai : Uncle Bob Fried Chicken
Lokasi : City Square, U-Mall, Sutera Mall, AEON Jaya Jusco Bukit Indah, AEON Jaya Jusco Tebrau City
Wajib Order : Uncle Bob Fried Chicken
Waktu Perniagaan : 10:00AM – 10:00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5







halal ke uncle bob ni
halal, sila check http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
saya nak tanya berapa model untok buat uncle bob.
Saya tak pasti, boleh ke http://unclebob.com.my/ untuk hubungi mereka.
UNCLE BOB FRIED CHICKEN coming soon in February 2012!!!!
VENUE : IPOH GARDEN ( Opposite Nasmir Nasi Kandar , Behind Tesco Ipoh)
Special Opening Promotion!!
BUY 1 FREE 1..
.. berminat dan ingin tahu syarat2 detail about cmne nk bermula join dlm biz ni…