[BTJ] Planetz Burger @ Taman Munsyi

[BTJ] Planetz Burger @ Taman Munsyi

Lately banyak dapat ping dari twitter / foursquare / facebook tentang satu gerai burger tepi jalan [BTJ] yang menjual burger yang unik. Planetz Burger di Taman Munsyi. Pertama kali mencuba untuk mengesan lokasi gagal. Ada mengatakan sederet Public Bank tapi memang tidak jumpa. Mungkin hari itu, gerainya tutup.

Kali kedua mencari, akhirnya jumpa. Memang sederet dengan Public Bank tapi jauh nun ke bawah. Sampai-sampai sahaja terus disapa oleh penjual dan bertanyakan khabar sambil mahu order burger apa. Menu burger macam hampir lebih 50 variety tapi ada menu yang di’fetured’kan. Mungkin itu yang paling popular.

Burger Tuna, Mayami Combo, French Fries and Chicken Nugget (ada!), Mushroom, BBQ Addicts, Megamaz Cheese, Double Trouble Combo, Cosmix, Ayam Goreng Thunderbird. Itu dia antara jenis-jenis burger yang ditawarkan. Memang pening kepala nak pilih, tapi krew pilih Mushroom & BBQ Addicts.

Mushroom burger menggunakan 3 bun, daging burger ramly dan mushroom sauce yang menarik. Manakala BBQ Addict menggunakan burger jenis oblong. Kalau mushroom burger guna daging jenis oblong tu lagi power rasanya. Persiapan dilakukan dengan teliti kemas. Presentation yang amat menarik. Branding ada dimana-mana, sehingga ke pembungkus burger pun berjenama sendiri. Syabas kepada Planetz Burger yang serius dalam berniaga.

Rasa burger dari Planetz burger ini amat unik. Mushroom burgernya macam hampir sama dengan BK Double Mushroom, sos yang menarik. BBQ Addict lebih mirip kepada BK Whopper yang melebihkan sayuran salad/tomato. Memang menarik dan pasti akan membelinya lagi pada masa akan datang.

Harga : Mushroom Burger x 2 (RM5.80 + RM5.80) + BBQ Addict (RM5.80) = RM17.40

Nama Gerai : Planetz Burger (Big Mouth Burger Stall)
Lokasi : Berderetan rumah kedai Taman Munsyi (Foursquare)
Wajib Order : BBQ Addicts, Mushroom Burger
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 12:00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Pilih, pilih.
Pilih, pilih.

Planetz Burger
Planetz Burger

PIlih lagi.
PIlih lagi.

Kerja Kosong!
Kerja Kosong!

great burger in the making.
great burger in the making.

dah nak siap dah!
dah nak siap dah!

Branding itu penting!
Branding itu penting!

Mushroom with Cheese
Mushroom with Cheese

Terbaik
Terbaik

16 Comments

  1. semlm dah pi pekena mushroom n bbq… memang terbaik… sokong usahawan anak melayu… dekat tmn munsyi ibrahim sederet public bank dan kedai tayar goodyear… masa tunggu order siap tu, tgk mmg ramai yg dtg beli , ada cina,india dan melayu yg dtg … 1malaysia la ni hehehe… moga planetz burger akan terus maju… saya pasti datang lagi nak cuba mayami combo plak nanti…

  2. Taman Munsyi tu kalau dari Skudai adalah selepas Kemayan City (yang terbengkalai tu), lepas tu ada Shell disebelahnya…selepas Shell ada simpang kiri…so masuklah simpang tersebut terus dan akan nampak Public Bank di seblah kanan…
    Kalau dari JB ke Skudai, naik flyover selepas taman tampoi indah (kipmart tampoi)

  3. Semalam pegi ke lokasi, takde pun! Wujud lg ke gerai ni? Kwn2 pls confirmkan. Teringin betul nak try nih!!!!!!!!!

  4. Minta maaf..pd hari tersebut kami cuti 4 hari..blk kg, emergency…sori lg skali..tq 4 your support…

  5. salam…jemput datang ke planetz burger utk menikmati burger baru dr planetz burger iaitu Teriyaki Burger, 100% isi ayam yg di’marinate’kan dgn sos istimewa Teriyaki.. dan Steak Burger…100% daging lembu dan ianya dibakar terus ( grilled )… cubalah.. ; )

  6. Saya nak tau berapa harga makanan atau budjet perlu ada kalau nak makan kat tera-thai ye?untuk 2 org mkn

Leave a Reply