Burger Bakar Taman Impian Emas

Sejak kebelakangan ini, scene burger bakar makin meletup-letup di sekitar Kuala Lumpur. Dan tempiasnya sudah mula sampai di sekitar Johor Bahru. Biar pun sudah beberapa tempat telah dikenalpasti menjual burger bakar, krew hanya berkesempatan untuk singgah di gerai burger bakar di Taman Impian Emas.

Gerai burger bakar ini ialah sebuah stall burger yang beroperasi di Restoren Bumbu Kampung, Taman Impian Emas. Gerai ini mula beroperasi sekitar bulan April 2012 dan self claim sebagai gerai burger bakar pertama di Johor Bahru. Lokasi gerai ini amat mudah dicari kerana ia berada corner lot Jalan Impian Emas 3/1 dan ada bunting yang mudah dilihat.

Ini pertama kali krew merasa burger bakar walaupun dah beberapa kali turun naik Kuala Lumpur dan tiada lagi kesempatan untuk membelinya. Apa yang krew bayangkan ialah seperti homemade burger yang dimakan oleh Adam Richman, host Man VS Food dalam siri tv kendaliannya.

Daging burger (beef patties) ini adalah homemade, maka saiznya agak besar, tebal dan berdaging berbanding burger konvensional. Ia dibakar menggunakan pemanggang berkuasa arang sebagai bahan api. Some people say, Grill is better with the smell of charcoal. Presentationnya agak menarik. Ia menggunakan lettuce berbanding kobis, satu ciri burger barat yang dikekalkan. Dan sayur-sayur burger Malaysia yang lain seperti tomato, timun dan bawang merah. Burger ini didatangkan khas sekaligus dengan keju. Di gerai ini, hanya terdapat 2 menu sahaja ; Burger daging (RM5.50) dan burger special daging (RM6.50).

Pertama kali krew gigit burger tu, perasaan wow mula terasa. Homemade beef patties ini penuh dengan perasaan. Cukup rempah, cukup rasa, cukup sedap. Jika nasib anda baik, daging yang dimasak tidak terlalu kering, jus-jus daging itu akan meleleh. Kalau terlalu kering, anda akan terasa macam makan kertas berperisa daging. Cakap dekat abang tu, anda nak half done. Gerenti best. Dan alangkah sedapnya jika brader burger ini menggunakan sos yang berkualiti kerana sos cili yang digunakan terlalu masam. Heh. Akan datang, harap brager ini akan jual burger ayam pula. Kasihan pada pembeli yang berbangsa India.

Sekitar jam 6.30pm, stall ini dah mula beroperasi. Dan kalau tak mahu beratur panjang, sila datang seawal ini. Dengar kata, waktu malam jualan berganda dan kena beratur panjang. Anda dinasihatkan untuk tidak datang pada hari Selasa kerana jalan dihadapan restoren ada pasar malam. Susah cari parking. Datang hari lain.

Nama Gerai : Burger Bakar Taman Impian Emas
Lokasi : Jalan Impian Emas 3 (Restoren Bumbu Kampung), Johor Bahru, Johor (Foursquare)

Wajib Order : Burger Bakar, Burger Bakar Spesial
Waktu Perniagaan : 5.00PM till late
Food rating : 3.5/5
Service rating : 4/5

Prepping Up

Prepping Up

Presentation penting

Presentation penting

Pandangan Atas

Pandangan Atas

Version tiada bawang dan salad

Version tiada bawang dan salad

Pandangan Sisi

Pandangan Sisi

version dah gigit

version dah gigit

version bungkus bawak balik makan rumah

version bungkus bawak balik makan rumah

version instagram

version instagram

Artikel ini ditulis oleh saudara Fikri Kacak (Fikri Kacak)

Gambar instagram dicilok dari sirdieehfus sirdieehfus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...