Restoran Haji Sharin Low Grand

Restoran Haji Sharin Low Grand

Mula dibuka pada 8 Ogos 2012, Restoran Haji Sharin Low Grand telah bertapak di Johor Bahru di alamat Jalan Padi 1, Bandar Baru Baru Uda. Menawarkan masakan cina halal yang lebih tertumpu kepada makanan laut. Akhirnya bulan lepas, krew berpeluang untuk menikmati makanan di restoran ini yang telah mempunyai lebih 17 cawangan diseluruh Malaysia termasuk 1 di Indonesia.

Krew telah mengorder, nasi goreng seafood untuk empat orang makan, ikan siakap kukus nyonya, baby sotong masak madu, soft shell crab masak telur masin, tahu jepun masak mopu, kacang panjang masak tepung.

Nasi goreng seafood penuh dengan udang dan sotong, perlu dimakan panas-panas kerana bila dah sejuk, macam dah tak best nak makan nanti. Ikan Siakap kukus nyonya pula memang terbaik. Ikan siakap di kukus dengan sempurna dan kuah nyonya sambalnya memang padanan serasi. Ikan agak besar.

Kacang panjang masak tepung telur masin antara highlight malam itu. Kacang panjang direbus sehingga lembut kemudian disaluti tepung dan dimasak dengan telur masin. Krew order set besar. Tahu jepun masak mopu (entah betul ke tak?) agak ok. Baby sotong goreng madu juga ok ok sahaja.

Soft shell crab goreng telur masin (3 ekor ketam bersaiz kecil) amat superb. Last-last, krew order lagi sepinggan. Hehe.

Enjoice.

Lokasi :

Nama Kedai : Restoran Haji Sharin Low Grand
Wajib Order : Soft Shell Crab / Kacang Pangjang Salut Tepung Telur Masin
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Restoran Haji Sharin Low Grand Restoran Haji Sharin Low Grand

Menu Menu

Bandung Soda & Kasturi Asam Bandung Soda & Kasturi Asam

Baby Sotong Goreng Madu Baby Sotong Goreng Madu

Nasi Goreng Seafood Nasi Goreng Seafood

Nasi Goreng Sefood & Siakap Steam Masak Nyonya & Baby Sotong Goreng Madu Nasi Goreng Sefood & Siakap Steam Masak Nyonya & Baby Sotong Goreng Madu

Ikan Siakap Steam Masak Nyonya Ikan Siakap Steam Masak Nyonya

Tahu Jepun Mopu Tahu Jepun Mopu

Soft shell crab masak telur masin Soft shell crab masak telur masin

IMG_4471

One Comment

Leave a Reply