Nasi Goreng Udang, Gerai Berkat Bersama Dec04

Tags

Related Posts

Share This

Nasi Goreng Udang, Gerai Berkat Bersama

Ada kawan rapat mencadangkan supaya krew pergi ke Simpang Renggam untuk mencuba satu gerai yang menyediakan masakan nasi goreng udang dalam daun pisang. Macam pernah tengok kan? Ya, Nasi Goreng Seafood. Krew terima cabaran dan meminta alamat serta panduan untuk ke gerai yang di maksudkan.

“Dari tol Simpang Renggam, ambil kanan pada traffic light pertama untuk ke arah Simpang Renggam, lepas itu, traffic light kedua, belok ke kiri. Drive terus sampai jumpa Petronas di belah kanan, dan belah kiri ada Medan MARA. Gerai no. 3”. Itulah arahan dari kawan rapat. Dengan panduan itu, krew dapat jumpa gerai yang dimaksudkan.

Krew dan famili order Nasi Goreng Udang x2, Mee Tiaw Udang, Kuey Tiaw Goreng Udang. Pergh. Udang memang banyak. Melimpah.

Semua masakan goreng udang dihidangkan dalam daun pisang. Itu adalah mungkin daya penarik bagi Gerai Berkat Bersama untuk pengunjung mudah mengingati gerai mereka. Win! Portionnya pula amat banyak bagi harga standard RM4.00 untuk setiap pinggan. Selak nasi nampak udang, selak nasi nampak udang. Macam itulah bayangan banyaknya udang dalam nasi goreng udang. Mee Tiaw Udang pula agak menarik. Kuahnya clear dan seperti biasanya portionnya juga banyak.

Krew juga mencuba Kuey Tiaw Goreng Udang. Rasanya lengkap. Jika tiada udang sebagai penyeri utama, kuey tiaw goreng itu sendiri sudah cukup sedap. Ianya juga dihidangkan dalam daun pisang. Best!

Nama Gerai : Gerai Berkat Bersama
Lokasi : Medan MARA, Simpang Renggam

View Johor Bahru in a larger map
Wajib Order : Nasi Goreng Udang, Kuey Tiaw Goreng Udang, Mee Udang
Waktu Perniagaan : 08:00AM – 03.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5

IMG_5168

IMG_5167

IMG_5166

IMG_5165

IMG_5216

IMG_5164

IMG_5163

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...