Bulan Disember lepas, sedang berlegar-legar di kawasan BBU yang baru, kawasan JAKEL semua tu, terperasan satu Restoran Upin dan Ipin. Habislah. Anak krew dan meronta-ronta untuk suruh ke sana. Pada masa itu restoran masih dalam proses renovasi dan selang seminggu lepas itu, akhirnya ia telah dibuka kepada orang ramai.

Ahad 8 Disember 2013, krew sefamily bertandang ke Resotran Upin dan Ipin. 5 pax. Baik krew memberi ‘tour’ ke dalam restoran ini. Ada juga meja diletakkan diluar, berkemungkinan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai (maklumlah baru buka). Sebaik sahaja masuk kedalam restoran, aturan meja semua berada dihadapan kanan. Ruang restoran agak luas. Di tengah-tengah terdapat ‘island’ beverages untuk kendalian semua minuman yang disajikan. Di bahagian kiri pula ada meja kaunter dan terdapat kesemua merchandise Upin dan Ipin dari bantal, selipar, notepad, kotak pensil, tabung, dan macam-macam lagi. Perhatian; anak-anak anda mungkin menjadi hyper bila berada dikawasan ini. Terdapat juga play pen area, stool dan meja. TV yang sentiasa memutarkan siri tv Upin dan Ipin.

Membelek menu yang diberi oleh pelayan, agak memeranjatkan dengan melihat tag harga pada setiap makanan. Wow. Spaghetti Bolognese sepinggan RM15? Kami memesan 2 Nasi Goreng Atok, 1 Spaghetti Bolognese, 1 Ayam Goreng UI, Nasi Ayam UI, dan Mee Kari.

Nasi Goreng Atok memang the bomb! Memang rata2, atas meja ada sahaja yang memesan juadah ini. Nasi Goreng Kampung yang terasa sambil dihidangkan dengan 2 cucuk satay bagi menambah kelainan. Nasi Ayam UI ni biasa-biasa sahaja. Spaghetti Bolognese pula agak mengecewakan. RM15 tidak setimpal dengan portion size yang diberikan. Mee Kari pula antara yang terbaik krew pernah makan. Ayam Goreng pula, hmmm.

Nama Gerai : Kedai Makan Upin & Ipin
Lokasi : No. 8 & 10, Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
Wajib Order : Nasi Goreng Atok, Mee Kari
Waktu Perniagaan : 12:00 PM – 10:00 PM
Food Rating : 3/5
Service Rating : 3/5

Join the Conversation

9 Comments

  1. Ada menu yang tak available. pekerja kurang mesra. bagi buku menu dan order list tak bercakap tak apa main letak je atas meja. portion tak berbaloi dengan harga walau belanja dengan coupon 50%.

  2. anak saya teringin sangat nak makan kat kedi upin & ipin, setelah oder sy dapati pengurusan kedai tak dijaga ,
    – lantai kotor
    – permainan utk anak2 kotor
    – tandas menjijikan
    – troli sisa2 makanan penuh sampah dan dah naik bau
    nampak gaya nya kali ni yg pertama dan terakhir saya sekeluarga akan singgah makan kat sini.
    Restoren Upin & Ipin JB = Pengotor

  3. SERVICE TAHAP LANTAI..bilik air teramat menjijikan…..playground amat kotor dan nothing to play…..pekerja kurang mesra dan agak biadap….order 5 item but sampai ke selepas sejam dan berselang seli 15 minit selepas sejam…..rating 2/10..dan x akan datang lagi dan menyesl beli groupon dan harga sangat x berbaloi….ayam goreng nothing special….tapi harga macamm salut emas ……

  4. 31 july 2014, this restaurant suck, makanan sgt teruk, harga tak mahal mcm hotel, tapi lebih baik beli makanan di warung atau pasar malam, lebih murah dan memuaskan hati, nasi mcm mentah dan beketul keras, daging bpepper sgt liat mcm tak masak, ayam rasa mcm ape tah, air ok la tapi tetap tak value for money, kesian org melayu, yg meniaga dan yg beli pun melayu, ape la salahnya masak sedap sikit utk bangsa kita yg nak makan

  5. aku memang tak la nk masuk tempat2 cmni..kompem mahal n menyesal…baik masuk secret recipe lg berbaloi..rm80 dpt mkn nasi goreng sepinggan+air 2 cawan+chicken chop+macaroni cheese+kek..sume sedap2…

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.