Pergh. Maggi Ketam dekat Johor? Mula-mula bila ternampak banner ini memang terkejut juga. Tujuan utama ialah mencari makanan tengahari di kawasan Jalan Rawa, area Taman Perling. Maggi Ketam ini merupakan menu terbaru untuk menarik pelanggan baru di Restoran Nasi Ayam Penyet Jakarta.

Sampai sahaja di restoran, order tertumpu kepada maggie ketam, sambil order menu utama nasi daging penyet dan pecel lele. Minuman pula hendak mencuba air sirap bandung soda yang sesuai sangat dengan cuaca panas berdentum Johor Bahru ketika ini. Juadah pertama sampai ialah Maggie Ketam. Menggunakan mangkuk yang besar agar ketam itu dilihat ‘berenang-renang’ di dalam lautan kuah yang agaknya berperisa kari. Kuantiti mee maggie yang cukup banyak dan pasti cukup mengenyangkan untuk sesiapa sahaja yang mencubanya. Tidak lama kemudian Nasi Daging Penyet dan Pecel Lele tiba diatas meja. Sama seperti Maggie Ketam, portion besar.

Maggie Ketam: kuah maggie ini sangat mesra dengan mee maggie nye (banyak betul maggie), ketam yang digunakan ialah ketam bunga (ye ke?), yang pasti bukan ketam yang sepit dia besar itu. Agak kecil ketam dia tapi puas hati makan sambil kesip-kesip rangka.

Daging Penyet pula agak lembut. ada kriuk-kriuk rempah itu melengkapkan juadah ini. Tidak perlu kunyah lama-lama. Pecel Lele pula saiz agak besar dan puas makan seorang.

Nama Gerai : Restoran Nasi Ayam Penyet Jakarta
Lokasi : No 175, Jalan Rawa, Taman Perling (Maps | Facebook Page)
Wajib Order : Nasi Ayam Penyet, Maggie Ketam
Waktu Perniagaan : 10:00 AM – 9:00 PM
Telefon : 016-737 1973
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.