Grand BlueWave Hotel Johor Bahru Meraikan Anak Yatim

Pada 28 Jun 2016 yang lepas, krew berkesempatan berbuka puasa bersama anak-anak dari Rumah Kebajikan Raudhatul Maryam anjuran Grand BlueWave Hotel. Menurut Encik Long
selaku Pengurus Besar Hotel Grand BlueWave Johor Bahru, beliau amat berbesar hati meraikan hampir 50 orang anak yatimpada 28 Jun 2016. Objecktif Projek Amal Ramadhan ini dijalankan bagi membantu golongan yang memerlukan serta merapatkan hubungan silatrurrahim dan merupaan aktiviti tahunan tanggungjawab sosal korporat (Corporate Social Responsibility).

Hotel Grand BlueWave Johor Bahru adalah sebahagian daipada Tasek Maju Group dan tealah menagmabil bahagian secara aktif dalam penubuhan Tasek Maju Charity Carnival (TMCC) denagn objektif menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Antara projek yang telah dijayakan oleh TMCC sejak beberapa tahun yang lalu antaranya:-

  • 2008-2010: Majlis berbuka puasa anak-anak yatim
  • 2011: Kerjasama dengan KIWANIS Johor Bahru untuk mengumpul dana bagi sumbangan kepada Red Cross berhubung ‘Japan Earthquake & Tsunami’
  • 2012: Mengumpul dana bagi pembangunan blok pengurusan di SJK(C) Kuo Kuang di Taman Ungku Tun Aminah
  • 2013-2014: Kerjasama dengan Rotary Club Johor Bahru untuk membangunkan serta menguruskan rumah anak yatim kini dinamakan sebagai Ang Tiong Loi – RotaryChildren’s Home di Taman Ungku Tun Aminah
  • 2015: Majlis Penyerahan sumbangan kepadan Handicapped & Mentally Disabled Children Association di Saleng; Tasek Maju Carnival 2015 Children’s Party; Projek Amal Ramadhan Majlis Iftar Rumah Jagaan Warga Emas Nur Ehsan
  • Menariknya pada program tahun ini, ianya bermula dari inisiatif kesemua pekerja Grand BlueWave Hotel Johor Bahru yang menyediakan tabung khas untuk mengumpul dana bagi Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam. Bermula dari 23 Ju 2-16 sehingga 4 Julai 2016, dengan setiap pembelian baucer Ramadhan, 5% hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan tersebut yang merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dibawah nama Pertubhan Amal Anak-anak Yatim dan Miskin Skudai (BAAYaM)

    Anak-anakl dari Rumah Raudhatul Maryam diraikan dengan hidangan Buffet Ramdahan yang disediakn oleh Chef Karim dan kakitangannya. Mereka menyediakan gerai-gerai makanan pelbagai pilihan bermula dari pembuka selera, menu utama sehingga pencucui mulut berkonsepkan Muhibbah Ramadan

    Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan beg dan peralatan sekolah serta sumabngan ikhlas daripada para pekerja dan tetamu. Berbuka sambil beramal di Grand BlueWave Hotel Johor Bahru, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Puan Cannus Yong di talian 07 2216666 sambungan 528.DSC_3361

    DSC_3357

    DSC_3360

    DSC_3362

    DSC_3363

    DSC_3364

    DSC_3365

    DSC_3367

    DSC_3369

    DSC_3370

    DSC_3371

    DSC_3373

    DSC_3375

    DSC_3377

    DSC_3382

    DSC_3384

    DSC_3385

    DSC_3387

    DSC_3389

    wp-image-1957484425jpg.jpg