Ikan Pencek Power

Ikan Pencek Power

Sekarang ni, kalau ada je yang viral kene cuba. Tak sedap tak payah datang lagi. Senang je formulanya. Post kali ini pun tak terlepas krew mencubanya sebab viral.

Ikan Pencek Power.

Tu nama gerainya. Hendak ke sini memang mudah. Capai handphone dan bukak app Waze. Cari Ikan Pencek Power. Gerai ini terletak di Taman Saujana, berdekatan dengan Taman Molek. Kalau tak jumoa juga cari Masjid Taman Saujana, sebekum jumpa masjid, gerainya di belah kiri. Gerai ini adalah extension dari rumah sedia ada.

Ada pelbagai jenis ikan yang ditawarkan. Siakap, bawal antara yang krew ingat. Tips untuk order ialah order ikan2 yang kecil seperti bawal untuk senang anda makan seorang dan tak berebut. Sebab ikannya digoreng panas-panas. Bila diorder barulah ikannya digoreng.

Krew order Siakap saiz sederhana untuk dikongsi makan berdua dan pilihan antara sambal belacan dan kuah pencek. Krew ambil kedua-duanya untuk merasakan mana cicahan yang paling ideal. Sup default pun disediakan.

Ikan siakap yang panas-panas dah terhidang di atas meja. Memang pawe! kuah pencek ni. Macam mana eh nak describe. Dia macam kuah kacang yang cair tapi ada tambahan cili dengan air asam. Itu yang krew dapat rasakan. Kalau pedas sedikit rasanya perfect dah masakannya. Tapi keseluruhannya memang dah sedap dah. Suka dengan konsep orang meniaga yang fokus, cepat dan pantas.

Nama Gerai : Ikan Pencek Power
Lokasi : 416, Jalan Saujana, Taman Saujana (FB Pages)
Wajib Order : Ikan Pencek
Waktu Perniagaan : 12.00PM – 5.00PM (Ahad Cuti)
Telefon : +60177396274
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5

Leave a Reply