Fuhh.. masa mula-mula tahu kewujudan restoran ini, benda pertama terlintas dalam kepala ialah “Kenapa 40 hari?”. Macam-macam teori keluar. Paling kelakar usia kari kambing tu dikaitkan dengan 40hari. Kahkahkah. Untuk menambahkan suspens, krew malas la nak bagitahu kenapa kari kambing 40 hari.

Kari Kambing 40 Hari

Terletak bersebelahan highway Ayer Hitam arah utara, memang senang untuk orang sering bertanya kenapa ada kedai makan ini ramai betul orang beratur. Formula utama hendak membuka kedai, biarkan orang beratur tak tentu pasal sebab akan menarik perhatian orang ramai.

Untuk sampai kesini, exit Tol Ayer Hitam, kemudian belok ke kanan dekat Pekan Ayer Hitam tu. Terus hingga jumpa restoran ini.

Kari kambing tentunya menjadi taruhan utama krew untuk mencuba kali pertama pada awal tahun 2015. Krew order roti canai bersama kari kambing. Tidak syak lagi, Pawe!. Kombinasi roti canai panas dengan kari kambing yang dimasak ala arab yang lebih mirip kepada masakan beriyani. Kuah karinya memang masyuk. Daging kambing dimasak lembut.

Menu lain ialah Nasi Arab Kari Kambing, Nasi Arab Ayam Mandy. Itu je. Nasi arab dia so-so je. Mungkin ada yang kata sedap tapi krew pernah makan nasi arab yang lagi sedap. Kari kambing memang tak mengecewakan. Harga pada pertengahan tahun ini RM13. Sama harga untuk kedua-dua ayam dan kambing. Hidangan dulang juga disediakan bagi yang hendak mengembalikan nostalgia sambutan maulud nabi masa kat sekolah masa kecil.

Tips

Memang ramai orang, tapi untuk makan menggunakan pinggan anda perlu terus sahaja ke kaunter. Nanti kene jerit dengan akak kaunter tu. Hihihi.

Nama Gerai : Restoran Kari Kambing 40 Hari
Lokasi : 215 Kg. Haji Ghaffar, Batu 5 1/2, Jalan Yong Peng
Wajib Order : Kari Kambing, Nasi Arab Kari Kambing
Waktu Perniagaan : 7.30AM – 3.00PM
Telefon : +60196272243
Food Rating : 4/5
Service Rating : 4/5





Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.