Roti Puri MYL Tandoori House Kota Tinggi

Kali ini, kita bergerak ke daerah-daerah lain pula. Berkemungkinan kena tukar la website dari jbfoodclub ke johor food club. Mungkin, atau mungkin tidak. Alah kalau perasan pon Nasi Lemak Wak Kentut pun sudah dikira luar daerah Johor Bahru, di Kulai.

Kalau di Kota Tinggi selain daripada makanan popular kat sana macam Nasi Ayam Baser, dan belangkas, memang takde la tempat lain nak dituju (kalau ada sila komen di bawah tau). Mula-mula risau takut jam sebab hari yang krew pergi adalah sehari selepas pembukaan IKEA pertama di Johor. Memang jam sikit dai Jojaye ke Tiram tapi lepas tu smooth je. Dalam 40 minit je dari Skudai. Boleh je nak guna SDE tapi, lalu jalan biasa sahaja.

Kedai MYL Tandoori House ini senang sahaja nak cari. Cuma mungkin nak parking tu yang susah sedikit. Sampai-sampai sahaja di dalam restoran, terus order roti puri 2 pinggan. Antara lauk-lauk yang disediakan ialah daging cincang, mula-mula macam rasa nak hipster sikit la sebut keema, tapi mamat pakistan tu pening, terus cakap daging cincang. Kemudian ada kambing, mungkin ayam ada kot tapi krew tak order pon. Ini rasa pon dah cukup meriah.

Makan puri dengan cicah daging cincang tu…. pergh memang best in the world la. Pawe! Daging cincang dimasak dengan rempah-rempah kari apa semua tu, dengan sekali-sekali terceduk kentang yang dipotong kecil-kecil. Memang nice. Jap. Sebenarnya dengan kuah dahl default tu pun dah cukup marvelous. Cukup rasa.

2 pinggan puri lenyap begitu sahaja. Order lagi 2 pinggan. Kali ini makan dengan daging kambing. Kuah kambing ni agak cair, krew suka. Kambing dia dah tentu la la lembut. Berebut juga makan take-turn dengan anak. Laju je. Makin kecik daging kambing tu. Kahkahkah!

Untuk penutup, order lagi satu pinggan puri dengan daging cincang. Yelah, takut menyesal pulak tadi taknak order. Keputusan yang tepat. Pulang ke Skudai dengan senyum menyengih sampai ke telinga.

Nama Gerai : MYL Tandoori House
Lokasi : No.19, Jalan Niaga 5, 81900, Kota tinggi, Johor, 81900 (Waze)
Wajib Order : Roti Puri, Kari Kambing, Daging Cincang
Waktu Perniagaan : 7.30AM – 3.00PM
Telefon : +6078821049
Food Rating : 4.6/5
Service Rating : 4.8/5

.

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.