Krew mendapat jemputan preview Citarasa Asia Buffet Dinner pada 21 May 2018 yang berlangsung di Tee-Off Restaurant, Forest City Golf Hotel yang terletak di Gelang Patah pada 21th May 2018. Suasana restoran yang agak berlainan kerana ianya sama aras dengan lobi hotel, menghadap ke arah hutan paya bakau yang dipelihara dengan baik. Terdapat 3 padang golf berlubang 18 yang mengelilingi golf hotel ini meliputi keluasan 800 hektar.

Citarasa Asia Buffet Dinner sempena Ramadhan ini diperkenalkan sebagai satu hebahan kepada umum bahawa terdapat hotel bertaraf 5 Star di Gelang Patah. Terdapat banyak seleksi makanan dan minuman yang disediakan kepada umum antara Appertizers, Selection of Salads, Japanese Station, Main Couse, Bread Station Lamb Carvery, Asian Grill & Skewers Station, Local Favorites, Ice Kacang Station, Desserts, Cold Beverages, Hot Beverages.

Dengan makanan dan minuman yang pelbagai jenis ini sudah pastinya pihak hotel telah mengambil kira agar semua jenis lapis masyarakat dapat menikmati hidangan yang telah disediakan. Krew sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan ‘pengembaraan makanan’ kali ini. Antara yang krew dapat menikmati dan rekomen ialah bubur lambuk yang penuh dengan isi daging. Sambal bajak dan pelbagai jenis sambal bugis (terdapat lebih dari 6 sambal). Mee Hoon Singapura yang lengkap rencahnya. Kambing golek semestinya sebagai pelengkap wajib. Satay ayam dan daging cukup dengan rempah dan saiznya yang agak besar. Kuih tradisional melayu (karipap sardin is the bomb!). Untuk pelengkap malam itu, kami semua dijamu dengan durian kampung datang dari Muar. Memang power!

Bagi yang berminat untuk menikmati seleksi hidangan Citarasa Asia Buffet Dinner, berikut adalah info

RM108 net untuk Dewasa.
RM52 net untuk Kanak-kanak (6-12 tahun)
Warga Emas mendapat diskaun 30% dan 1 voucher bagi setiap 10 orang.
Bermula 21 May 2018 sehingga 13 June 2018
Hubungi 07 – 535 2288 / 012 241 2272 untuk tempahan.

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.