Browsing Category 'Lunch'

Kacang Pool Haji @ Medan Selera Larkin

Jika pengunjung mengikuti musim terbaru Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, terdapat satu lagi tempat yang telah di’terjah’ oleh krew JJCM yang mencuri perhatian krew. Adakah tempat ini cawangan terbaru atau memang diusahakan oleh warga Kuala Lumpur. Ternyata ianya adalah cawangan terbaru. Hebat perniagaan makanan ini, boleh ada cawangan. Cawangan terbaru yang dimaksudkan ialah Kacang Pool [...]

Nasi Beriani @ Restoran Shahab Beriani House

Nasi Beriani. Kalau dahulu jika ingin memakan nasi beriani hanya didapati pada musim perkahwinan. Sekarang tidak lagi, restoran yang mendiakan hidangan nasi beriani kini berlambakan. Tetapi yang paling popular ialah Nasi Beriani Batu Pahat. Kenapa dengan Batu Pahat. Krew pun tidak tahu. Kalau dekat Kuala Lumpur, ada sahaja yang menmbah Nasi Beriani Batu Pahat, kesahihannya [...]

Nasi Ambang BBU Mat Corner

Satu lagi makanan unik di Johor ialah Nasi Ambang (kalau orang jawa sebutannya ‘ambeng’). Nasi Ambang selalunya dihidangkan jika ada kenduri atau majlis keramaian. Kalau anda berada di Johor Bahru, hampir setiap warung, restoran ada menghidangkan Nasi Ambang samaada dihidangkan diatas pinggan ataupun yang sudah disiap bungkus seperti nasi lemak. Di Johor Bahru, jika anda [...]

Chicken Chop @ I.T Roo Cafe

Tidak lengkap perjalanan JBFoodClub ke salah satu tempat makan yang terletak di pusat bandar. Tempat yang dimaksudkan ialah I.T Roo Cafe. Krew hanya mengenali I.T Roo Cafe yang terletak di Jalan Dhobby ini lewat tahun 2004. Dalam pencarian makanan western yang local (kene trademark ni) kawan sekerja krew ada mencadangkan I.T Roo Cafe. Semenjak itu, [...]

Cendawan Goreng, Sup Cendawan di Warung Sonto

Pada hari raya aidiladha yang lalu, adik krew teringin sangat memakan cendawan goreng dan sup cendawan di Warung Sonto pada hari Ahad. Malangnya pada hari Ahad Warung Sonto tutup. Kecewa. Untuk mengubat luka aidiladha, semalam, krew telah kembali (bak kata orang johor ‘kene return’). Alhamdulillah dari jauh sudah nampak banyak kenderaan telah parking ditepi warung. [...]

Kolok Mee dan Char Mee di Atirah Eatery

Teringat pada tahun 2006 dimana krew sekeluarga pertama kali ke Kuching, Sarawak untuk bercuti dan berlibur. Antara makanan tempatan yang mendapat perhatian krew ialah Kolok Mee atau Kolo Mee. Setibanya kembali dari Kuching, teringin pula memakan kolo mee. Rasanya unik dan enak membuatkan krew tercari-cari adakah gerai, warung, restoran yang menjualnya di Johor Bahru. Jawapannya [...]

Murtabak Zam Zam Arab Street

OK, kalau cari Arab street dekat Johor memang tak jumpa. Sebenarnya, krew JBFoodClub berkesempatan ke Singapura pada minggu lepas. Berjalan-jalan di city sambil melihat pemandangan dan memberi sedikit tour kepada adik saudara yang baru first time ke Singapura. Berbekalkan printed maps dari Google Maps, dan buku maps yang dipinjamkan oleh adik, kami menuju ke sebarang [...]

Sedap Corner

Krew JBFoodClub kali ini menyinggah ke satu lagi tempat makan yang dekat dihati orang Johor Bahru khususnya. Siapa yang tidak kenal dengan Sedap Corner yang menyediakan makanan masakan melayu dan cina dengan harga yang berpatutan. Sedap Corner cawangan Plaza Pelangi menjadi tempat juadah kali ini. Dengan berbekalkan perut yang kosong, kami membuat tempahan makanan. Krew [...]