Lunch

Cendawan Goreng, Sup Cendawan di Warung Sonto

Pada hari raya aidiladha yang lalu, adik krew teringin sangat memakan cendawan goreng dan sup cendawan di Warung Sonto pada hari Ahad. Malangnya pada hari Ahad Warung Sonto tutup. Kecewa. Untuk mengubat luka aidiladha, semalam, krew telah kembali (bak kata orang johor ‘kene return’). Alhamdulillah dari jauh sudah nampak banyak kenderaan telah parking ditepi warung. […]

Kolok Mee dan Char Mee di Atirah Eatery

Teringat pada tahun 2006 dimana krew sekeluarga pertama kali ke Kuching, Sarawak untuk bercuti dan berlibur. Antara makanan tempatan yang mendapat perhatian krew ialah Kolok Mee atau Kolo Mee. Setibanya kembali dari Kuching, teringin pula memakan kolo mee. Rasanya unik dan enak membuatkan krew tercari-cari adakah gerai, warung, restoran yang menjualnya di Johor Bahru. Jawapannya […]

Murtabak Zam Zam Arab Street

OK, kalau cari Arab street dekat Johor memang tak jumpa. Sebenarnya, krew JBFoodClub berkesempatan ke Singapura pada minggu lepas. Berjalan-jalan di city sambil melihat pemandangan dan memberi sedikit tour kepada adik saudara yang baru first time ke Singapura. Berbekalkan printed maps dari Google Maps, dan buku maps yang dipinjamkan oleh adik, kami menuju ke sebarang […]

Sedap Corner

Krew JBFoodClub kali ini menyinggah ke satu lagi tempat makan yang dekat dihati orang Johor Bahru khususnya. Siapa yang tidak kenal dengan Sedap Corner yang menyediakan makanan masakan melayu dan cina dengan harga yang berpatutan. Sedap Corner cawangan Plaza Pelangi menjadi tempat juadah kali ini. Dengan berbekalkan perut yang kosong, kami membuat tempahan makanan. Krew […]