Hanya ada 3 ‘brand’ otak-otak yang diketahui oleh saya sehingga kini, Otak-otak kempas, otak-otak gelang patah, dan otak-otak tepian tebrau. Sambil melungsur lelaman makanan yang lain saya agak terkejut kerana ada satu lagi ‘brand’ otak-otak yang tidak pernah lagi dirasai oleh saya, Otak-otak Jalan storey.
Pada sabtu lepas, dengan semangat yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan otak-otak jalan storey ini, saya bangun agak awal pada hari itu (yela hari sabtu kan hari tidur), 9.30pagi bergerak dari rumah. Membuka google maps di henpon G1 saya, saya menuju ke gerai tersebut. Jumpa! hati bersorak keriangan sebab dah jumpe dan seperti yang digambarkan, gerai itu ramai dengan pelanggan. Sampai digerai terus bertanya dengan penjual
saya : “aunty, otak-otak ada?”
aunty : “sula habis”
Pergh, menyirap, sempat saya menyatakan kekesalan di facebook status dan ramai juga membalas dan mencadangkan datang lagi awal, kalau boleh pukul 7.00 pagi dah tercongok disitu. Last-last saya makan roti telur di restoran kerala disebalah gerai tersebut. kecewa
Ahad pagi, bingkas dari katil jam 7.15 pagi, gosok gigi salin baju terus ke lokasi semalam dengan dendam membara. Dapat parking tapi meja penuh dengan orang bersarapan sambil memakan nasi lemak berlaukkan otak-otak. Terbakar, terus saya order
saya : “aunty, otak-otak bungkus 40 keping”
aunty : “okey siap”
sambil membeli nasi lemak yang murah RM0.60 yang sama harga dengan harga otak-otak tersebut, melangkah bangga ke kereta dan terus merasa keenakan otak-otak tersebut. memang terbaik. tapi saya merasakan otak-otak tepian tebrau masih melekat dihati.
Paling ralat sekali didalam ekspedisi ini ialah, saya tidak mengambil gambar otak-otak tersebut dan latitude dan longitude kedudukan gerai tersebut. Saya akan update ruang ini bila berkesempatan kesana kembali.
Otak-Otak Storia Cafe
78 Jalan Storey,
80000 Johor Bahru
Malaysia
Food Rating : 4/5
Service Rating: 4/5
Opening hours : 7.00AM – 10.00AM
Halal
Smoking : Yes
Bro, perut lapar ni.. ngeteh jom
Gerai cina ke? halal x?
yes gerai cina, yes halal
kalau datang kl, try otak-otak gombak pula. Mula2 akupun peleceh tp bila member suruh try, try la kan…rupa2nya memang sedap…gi pasar malam mesti cari
otak2 kempas lg sodap…
johari bin salleh
salam admin…..jgn lupa try PEPES for kaki makan…..
warong saga ada jual.benafe lama,lc catering and many more…
just try,and give a comment…sure u all suke