Murtabak Zam Zam Arab Street

OK, kalau cari Arab street dekat Johor memang tak jumpa. Sebenarnya, krew JBFoodClub berkesempatan ke Singapura pada minggu lepas. Berjalan-jalan di city sambil melihat pemandangan dan memberi sedikit tour kepada adik saudara yang baru first time ke Singapura.

Berbekalkan printed maps dari Google Maps, dan buku maps yang dipinjamkan oleh adik, kami menuju ke sebarang tambak dalam jam lebih kurang 9.00 pagi. Jalan clear, terus menuju ke City, melalui BKE->PIE (jangan tanya), sedikit sesat pusing-pusing, tanye bangla petrol kiosk yang tidak beberapa membantu. Akhirnya sampai juga ke city.

First stop Esplanade. Parking di Esplanade Mall (free). Dan teruskan berjalan ke Merlion, Pemandangan wajib. Bergambar seadanya, dan kembali ke Esplanade Mall. Jusst window shopping dan terus keluar untuk makan tengahari.

Arab street memang popular di Singapore. Dan yang paling popular di situ adalah Restoran Zam Zam. Krew sefamily selalu akan ke sini untuk merasakan juadah istimewanya iaitu Murtabak. Restoran ini sentiasa penuh dengan kunjungan pelanggan dari segenap pelusuk. Ada dari Indonesia, Kuala Lumpur dan semestinya orang JB.

Bukan sekadar Murtabak yang perlu dicuba, nasi beryani juga tidak kurang hebatnya. Cukup hanya dengan memakan nasinya sahaja. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan. Jangan terliur sudah.

SIngapore Zam Zam
SIngapore Zam Zam

Murtabak Daging

Murtabak Daging Takde Bawang

Mesti Cuba Nasi Beryani

Join the Conversation

11 Comments

  1. Nasi briyani n Murtabak Zam Zam is the best la. bila aku kena out station kat SG.. baru tahu aku rasanya nasi briyani yang ori. Daging kambing dia slurpp .. kuah kari dia.. fuuuu yooooohhh.. hingga menjilat jari. lepas tu cuba dia punya murtabak daging dan ayam .. tak sabar nak kena outstation kat SG.. Maaf geng bukan nak memperkecilkan masakan kat JB ni seperti murtabak dan nasi briyani.. sebab tekak ni rasa semua briyani dan murtabak rasa sama. tak ada perbezaan dari segi rasa, presentation dan cara di masak. Harga pulak tu.. fu yo.. kalah kat hotel.. Bon appetitt

  2. Arab Street ….mm teringat saya time kecik2 dulu sekitar tahun 80an , Kalau mak saya nak beli kain ela mesti pergi tempat ni..time tu murah dan variant..lepas shopping makan kat salah satu restoren di Arab Street

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.