Isnin malam yang lalu, krew JbFoodClub berpeleseran di kota Johor Bahru. Tujuan utama adalah untuk mem’bank-in’ duit. Setelah selesai tugas utama, perut terasa ingin memakan burger. Tak kisah lah burger apa pun janji burger Ramly.
Alang-alang berada dikawasan Majidee Baru, krew menuju ke kawasan Hospital Putri di Larkin, khabarnya disitu ada satu gerai burger yang menjual burger yang amat pelik namanya jika disebut.
Burger Cakanoz.
Apa itu burger cakanoz? Sebenarnya proses membuatnya agak simple, dengan menghancurkan daging burger itu, dan dimasukkan segala rempah ratus yang best, kemudian , dengan bekas membuat benjo, daging itu dimasukkan semula dengan dipecahkan telur supaya menjadi semua ‘burger’. Dihias dengan bawang dan salad dengan cheese, jadilah burger yang bernama burger cakanoz.
Silalah menatap gambar dibawah.
Tempat : Restoran Pohon Mempelam (belakang hospital putri satu jalan menuju ke stadium)
Harga : RM4.00
Tuan moderator, sila confirmkan adakah gerai ini wujud lg? Kunjungan sy baru2 ni gagal mengesan gerai tersebut. Sgt teringin nak mencuba!!!!!!
patutnya masih ada. sila cuba hari lain
dah lama tak kesini, boleh juga cuba di warung saga waktu malam.