Kolok Mee dan Char Mee di Atirah Eatery

Teringat pada tahun 2006 dimana krew sekeluarga pertama kali ke Kuching, Sarawak untuk bercuti dan berlibur. Antara makanan tempatan yang mendapat perhatian krew ialah Kolok Mee atau Kolo Mee.

Setibanya kembali dari Kuching, teringin pula memakan kolo mee. Rasanya unik dan enak membuatkan krew tercari-cari adakah gerai, warung, restoran yang menjualnya di Johor Bahru. Jawapannya ADA.

Atirah Eatery yang terletak di Hutan Bandar, menjual makanan tempatan Sarawak, terdapat beberapa menu yang disediakan, seperti Kolok Mee, Char Mee, Bubur Ayam dan sebagainya. Yang menjadi perhatian krew adalah Char Mee. Gerai tersebut memang menjadi perhatian bagi penggemar mee. Jika datang lambat 2 saat selepas pukul 1.00 tengahari, alamatnya telan air liur sahaja la.

Nama Gerai : Atirah Eatery
Wajib Order : Kolok Mee, Char Mee
Waktu Perniagaan : 8:00AM hingga 2:00PM (datang awal untuk mengelakkan kekecewaan)
Food Rating : 5/5
Service Rating : 4/5

*Protip :
1. Jangan datang lewat selepas jam 1.00PM, selalunya akan habis.
2. Datang lagi awal kalau waktu sekolah.
Sila enjoys gambar dibawah.
Atirah Eatery



Join the Conversation

4 Comments

  1. cuba la rasa makanan kat restoran jintan manis berdekatan dengan perrpustakaan awam johor(dekat maktab temenggung ibrahim), nampak jejantas iklan cat terus belok kiri ada deretan kedai.. tgk yg ada byk meja dan kerusi depan restoran(hujung) itu la restoran dia.. suggestion: char kuey tiaw kerang+udang, tom yam pedas dan siakap masak steam mmg sedap(rm30+) =).. cuba la..

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.