Cendawan Goreng, Sup Cendawan di Warung Sonto

Pada hari raya aidiladha yang lalu, adik krew teringin sangat memakan cendawan goreng dan sup cendawan di Warung Sonto pada hari Ahad. Malangnya pada hari Ahad Warung Sonto tutup. Kecewa.

Untuk mengubat luka aidiladha, semalam, krew telah kembali (bak kata orang johor ‘kene return’). Alhamdulillah dari jauh sudah nampak banyak kenderaan telah parking ditepi warung. Waktu sampai ke lokasi hampir jam 1.15 dan hujan mula turun dengan gerimis. Memang timing yang tepat. Hujan sejuk, kemudian makan sup panas. pergh.

Seperti biasa, di warung sonto, makanan goreng-goreng, seperti cendawan, keropok lekor, keledek, pisang goreng, perlu self-service. Tapi kene ingat berapa keping yang diambil. Krew sampai, cendawan goreng susut dikaunter self-service, lihat dikuali masih menggoreng pisang. Krew ambil cendawan goreng 5 keping, kemudian tunggu yang panas ambil lagi 4 keping. RM3 melayang macam itu sahaja.

Krew juga membuat pesanan sup cendawan + ayam. Boleh order dengan nasi putih ataupun kosong sahaja ataupun dengan mee hoon. Ada juga sup daging dan sup babat. Boleh campur-campur kalau mahu.

Hujan mula turun dengan lebat. Menikmati makanan yang telah tersedia hidang. Kemudian, ada pula puyuh goreng. Terus krew order 2 ekor. Meratah begitu sahaja sambil mencecah sambal kicap.

*Protip : Cendawan Goreng 3 keping = RM1. Agak mahal, maka jagalah kuantiti yang diambil.

Nama Gerai : Warung Sonto
Wajib Order : Cendawan Goreng dan Sup Cendawan
Waktu Perniagaan : 12.00PM – 5.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 4/5


Menu.

Sup Cendawan + Ayam

Cendawan 4 keping yang panas.

Warung Sonto

Join the Conversation

6 Comments

  1. lps exit tol kempas, susur keluar ke jalan kempas lama.. x susah sgt nk cr sbb stall tepi jln sebelah kirir kat selekoh. kilang jalen tu sebelum ke selepas aku lupa lak tp seberang jln dia ade signboard Dynac. klu ikut tekak aku sup dia biasa2 je..

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.