Kampung Melayu Steak House

Kebiasaannya pada hari sabtu, krew akan duduk dirumah untuk merehatkan minda setelah penat bekerja (hari sabtu pun kene kerja jugak). Selain agenda TV yang tak berapa best, kadang-kadang melilau jugak diatas jalan untuk mencari makanan yang sedap.

Pada hari Sabtu lepas, setalah membeli barang keperluan untuk kedai krew, krew mencari lagi lubuk makanan di Johor Bahru untuk dijadikan sebagai post di JBFoodClub.Com, kami disekitar kampung melayu dan memberi cadangan untuk mencuba semula di slah satu tempat makan yang telah lama krew ‘discover’. Rasanya hampir 2 tahun lebih tidak menyinggah ke tempat ini, Kampung Melayu Steak House.

Tidak sukar untuk mengenal pasti lokasi ini walaupun kedudukannya amat terpencil. Sign board ‘menyala’ menandakan ianya buka, menuju kelorong disambut dengan lampu kalimantang. Double confirm buka.

Kampung Melayu Steak House adalah gerai yang dibuka didepan rumah, ruang makan terhad, hanya ada 7 atau 8 meja sahaja. Menghidangkan sajian western seperti Sirlion Steak, Lamb Chop, Cheese Omelette dan banyak lagi. Sajian utama seperti nasi, mee juga ditawarkan. Anda patut mencuba Nasi Goreng Kampung.

Krew ingin mencuba Mixed Grilled, Sirloin dan Nasi Goreng Cina. Nasi Goreng Cina biasa sahaja. Sirloin agak lembut dan kurang kenyal (krew suka!) walaupun gravynya agak pedas sedikit. Mixed Grilled hanya ada 3 jenis , eh 2 jenis daging sahaja, sirloin dan lamb. 1 lagi hotdog (pelik kan). Kalau di I.T Roo macam-macam ada (sotong, udang)

Semasa krew menikmati juadah, ramai pengunjung (yela ada 7 meja sahaja), mungkin pengunjung setia agaknya. Mungkin dengan adanya post ini, Kampung Melayu Steak House mendapat pengunjung baru dan dapat menikmati hidangan dan juadah yang di sediakan.

Kampung Melayu Steak House

*Protip : Memandangkan tempatnya yang terpencil, kalau anda lihat kereta lebih dari 6 buah, anda kene parking di Jalan Utama.

Nama Gerai : Kampung Melayu Steak House
Wajib Order : Nasi Goreng Kampung + Apa sahaja makanan barat
Waktu Perniagaan : 7.00PM – 12.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 4/5

Join the Conversation

16 Comments

  1. Satu lagi makanan western yang boleh dicuba dan harganya berpatutan ialah depan Masjid Kg. Melayu ( Medan Selera) tapi kadang-kadang buka, kadang-kadang tak..banyak jenis salad yang sedap dan murah, sesuai untuk kaki diet..kat situ pun ada Nasi Puyuh Penyet..sedap gak.. cubalah

  2. saya dah cuba semua menu kat kg melayu steaks house ni..
    smuanya sedap, tp yg paling sy suka fish n chips dia..
    dgn size ikan yg bsr + salad + fries mmg x rugi lah mkn.
    harga yg sgt berpatutan. wajar diberikan 5 bntang utk menu ni…

  3. quite a nice place..been there ages ago!..lame gile dah tu!bukan aku try ngan ko ke dulu shafiq?yang depan masjid punye tu memang boleh tahan,tapi bak kata noni..bile berkobar2 nak makan dia xbukak pulak(susu anak n diapers dia dah beli kot time tu;P)..n one more thing,servis agak slow sket yang depan masjid tu.now xtau la whether dah improve or not.kalo xbukak kenela makan yong tau foo yang agak sedap kat situ.

  4. Hmm,sy da cuba mkn kt sana jumaat lepas dgn wife.fuh, dgn semangatny cari juga la kg. melayu steak house guna google maps. nasib baik jumpa,bila da smpi, 1stly, parking mmg susah la sbb dia buat kedai tu kat dpn rumah dia. 2ndly, envirmt tmpt mkn nya moderate, 2.5/5, biasa je. Mlm tu, kami order chicken chop with mushroom sauce & boombastic menu, hmm rsnya gravy mushroom dia not bad, chicken chop dia quite nice, tp kecil sgt. kalau dgn harga RM12 per plate mcm tu, mungkin sy suggest pergi je ke Secret Recipe atau any western food restaurant kerana rsnya lebih worth it. Tp, apa yg sy rs lain sket ialah dia punya chikn chop ni di grill not deep fry, so x rs muak. Mungkin lepas ni Kg. Melayu Steak House cuba increase kan saiz steak dia. Untuk rating mknn yg kami cuba, sy bagi 3/5, lokasi 2.5/5, layanan & servis 3/5. Last but not least, sesiapa yg pernah dtg 1st time mesti rs servis dia agak lmbt, so sesiapa nak dtg kali kedua boleh la booking order dulu, mayb by phone coz sy noticed ada customer yg dtg lmbt tp bila smpi je terus siap sedia hidangan mereka. Ok, that’s all.

  5. wah fizi!,

    berjaya anda mencari KMSH. siap dengan review sekali. tahniah, ini menjadi salah satu mission JBFC supaya pelawat dapat mencari lokasi yang telah dipostkan serta memberi review.

    tahniah lagi sekali fizi!

  6. Bang Fizi,

    Saya x berapa sependapat laa ngan abg.. coz, setakat nie restoran yang pernah saya pergi laa untuk makan chicken chop di area JB, semuanya saiz chicken chop nyee seakan2 sama jee cuma harga jee lain.. Cubo abg makan kat singgah selalu dapat x harga RM12.00? saiz pon seakan2 sama, ade goverment tax lagi..Saya rasa jimat banyak kalau saya makan kat kampung melayu steak house, sedap pon sedap…

  7. saya slalu beli murtabak dpn masjid kg melayu. u should try the murtabak. pd saya lebih sdap lg yg singapore murtabak kt tepi laut atau majid murtabak kt kg kurnia. the best murtabak in town!

  8. saya slalu beli murtabak dpn masjid kg melayu. u should try the murtabak. pd saya lebih murtabak kg melayu berbanding murtabak spore kt tepi laut atau majid murtabak kt kg kurnia. the best murtabak in town!

  9. Thanks for the comment yg amat membina…
    kami sentiasa berusaha utk memuaskan hati pelanggan kami dengan hidangan kami.
    Bab harga saya rasa, masih boleh dikatakan tempat kami masih menawarkan harga terbaik.
    dan kami akan menggunakan semua komen2 yang amat membina dr pengunjung JBFOODCLUB utk memperbaiki ape sahaja kelemahan kami demi keselesaaan serta kepuasan pelanggan kami.
    Buat penulis, terima kasih kerana sudi mencuba masakan kami dan memberikan komen yg baik serta amat membina.

  10. Untuk tempahan sila hubungi:

    Azli – 019-7280747
    Khalid – 019-7178696

    Tempat terhad dan sekiranya ingin buat event di sini seperti anniversary, birthday party, reunion, etc, sila buat tempahan.
    InsyaALLAH ada rezeki kami akan memperbanyakkan lg menu dan meja utk kepuasa pelanggan.
    Terima Kasih…

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.