Satay Restoran Warisan Wak Radol

Siapa yang tidak kenal dengan nama Wak Radol? Anda di Johor Bahru dan tidak kenal dengan Wak Radol? Hampa. Nama Wak Radol memang sinonim dengan Satay. Kalau hendak menikmati satay pasti ada sahaja yang akan mencadangkan Satay Wak Radol.

Terdapat 2 Restoran Wak Radol, yang pertama, masih ditempat asal, di Kempas (Denai) dan yang terbaru ialah di Taman Kemas. Memandangkan krew tinggal berhampiran Taman Kemas, semalam krew dan family makan malam disitu. 30 daging dan 15 ayam. Itu order utama kami. Disamping itu, Restoran Warisan Wak Radol menyediakan makanan nasi dan mee. Nasi Goreng Kampung dan Mee Bandung adalah antara makanan yang dijamu malam tadi.



Nama Gerai : Restoran Warisan Wak Radol
Wajib Order : Satay
Waktu Perniagaan : 7.00PM – 12.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3/5

Join the Conversation

16 Comments

  1. info info info :

    kawan saya pernah buat ‘test’ kt satay wak radol…mula2 dia beli kt kempas (denai)..satay/kuah mmg power..then die beli 2nd round kt tmn kemas…rasa lain..beza sungguh…kuah tak sama mcm kt satay wak radol kempas denai..bila ditanya, org kt restoren (tmn kemas) tu ckp mmg lain..rupanya takde pertalian pon..mmg la lain rasenye…tp nama restoren tu kurang pasti la mcm mane bole dapat…mungkin ade sumthing yg berkaitan..tu kite xtau la…satay wak radol kempas pulak mmg sedap..tapi service nye totally OUT..pekerja indon kt situ blur2 sepanjang masa//sekian saje komen saye

  2. Anak sulong Wak Radol yg berniaga di Tmn Kemas & yg anak yg bongsu menguruskn kedai di Jln Denai Utama, Kempas. Anak yg no. 3 (wak sarip) berniaga di brsblhn dgn highway PG-Perling (di U-Turn)

  3. ape pon sate kat jan balau, taman rinting, masai gak yang sedap.. sate dia pon beso2 gak, terasa rempah ratus dia, kuah pekat dan timun serta bawang dia bg byk.. berbaloi.. makcik yg berniaga sate tu.. mmg respect la dia..

  4. OUr company suggested to engage Wak Radol to company party on Satay feast. So, I tried their satay last night on recommended by friend, but very disappointed. Out of 40 stick satay ayam i ordered, 37 sticks were burnt to some dgree, some are completely charcoal black in appearance. THeir should have better control.

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.