Chicken Chop @ I.T Roo Cafe

Tidak lengkap perjalanan JBFoodClub ke salah satu tempat makan yang terletak di pusat bandar. Tempat yang dimaksudkan ialah I.T Roo Cafe.

Krew hanya mengenali I.T Roo Cafe yang terletak di Jalan Dhobby ini lewat tahun 2004. Dalam pencarian makanan western yang local (kene trademark ni) kawan sekerja krew ada mencadangkan I.T Roo Cafe. Semenjak itu, terus melekat dan boleh dikatakan pengunjung setia kalau tidak sebulan sekali.

Chicken Chop adalah menu utama yang termasyhur dan mendapat gelaran ‘The Best Chicken Chop in Town’. Hampir pasti setiap lawatan ke I.T Roo Cafe, chicken chop menjadi pesanan utama. Disamping menu-menu lain yang sedap. Antara yang di’recommend’ oleh krew ialah, Mee Hailam dan Nasi Goreng.

Pada pendapat krew, sememangnya chicken chop yang ditawarkan di I.T Roo Cafe adalah yang paling sedap dan enak dimakan. Terdapat dua gravy iaitu Mushroom dan Black Pepper. Sila pilih Mushroon (satu arahan!). Dengan saiz ayam yang agak besar hidangan boleh ditambah dengan ‘two eggs’, dan side dish kentang goreng, coleslaw dan kacang peas. Harga pula amat berpatutan, mungkin ada yang lagi murah, tetapi ianya berbaloi.

Nama Gerai : I.T Roo Cafe
No Telefon : 072227780
Wajib Order : Chicken Chop
Waktu Perniagaan : 11.00AM – 11.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Chicken Chop @ I.T Roo Cafe
Mee Hailam yang best.

Nasi Goreng yang best jugak

The Best Chicken Chop

Total Damage

Join the Conversation

8 Comments

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.