Nasi Ambang BBU Mat Corner

Satu lagi makanan unik di Johor ialah Nasi Ambang (kalau orang jawa sebutannya ‘ambeng’). Nasi Ambang selalunya dihidangkan jika ada kenduri atau majlis keramaian. Kalau anda berada di Johor Bahru, hampir setiap warung, restoran ada menghidangkan Nasi Ambang samaada dihidangkan diatas pinggan ataupun yang sudah disiap bungkus seperti nasi lemak.

Di Johor Bahru, jika anda ingin merasai Nasi Ambang yang sedap bolehlah berkunjung ke tempat ini. Nasi Ambang BBU (Mat Korner), terletak bersebelahan Wisma BBU. Dihidangkan dengan nasi yang panas, ayam goreng yang baru keluar dari kuali. Anda akan mendengar jeritan-jeritan empunya kedai yang menginginkan kesemua pelanggan yang hadir pada hari itu dapat merasa Nasi Ambang BBU.

Antara jenis-jenis variasi Nasi Ambang yang dijual adalah seperti, Nasi Ambang Special (Ayam + Rendang Daging), Nasi Ambang Double (Ayam 2 ketul) dan nasi boleh ditukar dengan ketupat.

Beroperasi hanya pada waktu tengahari, penuh sahaja dengan pelanggan yang datang dari setiap penjuru. Kadang-kadang terpaksa berdiri hanya untuk menunggu meja kosong dan ramai juga yang berbaris untuk membungkus.

Nama Gerai : Nasi Ambang BBU (Mat Korner)
Wajib Order : Nasi Ambang
Waktu Perniagaan : 11.00AM – 3.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Nasi Ambang BBU Mat Corner
Mat Corner
Nasi Ambang Special (Ayam + Rendang Daging)

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.