Nasi Goreng Seafood Stulang

Tempat ini di ketahui oleh krew, apabila diberitahu oleh rakan sekerja. Selalunya jika tekak teringin memakan seafood, pergi tempat yang sama, Carabou, Damai. Menurut rakan sekerja, menu special pada tempat ini ialah nasi goreng seafood.

Pada hari Sabtu yang lalu, krew sekeluarga menyinggah ke tempat ini untuk makan malam. Seperti biasa, nasib baik datang awal, kalau tidak kene menunggu. Krew order nasi goreng seafood, ikan bakar dan sotong goreng sambal. Yang uniknya tempat ini, hanya masakan nasi goreng seafood sahaja yang ada. Jangan ngada-ngada hendak order kuey-tiaw goreng ke, mee hailam ke. Salah tempat! Menurut sumber yang dipercayai, tuan punya restoran ini mempunyai kelong sendiri dimana semua hasil laut yang diperolehi adalah segar. Mungkin ada kebenarannya kerana sotong yang tempah, sentiasa kenyal dan besar-besar.

Jika ke tempat ini, nasi goreng seafood nya digoreng diatas pan yang leper, ala cam masak burger tu, tetapi ianya besar. Sepinggan atau krew patut tulis sebungkus nasi goreng seafood mempunyai portion nasi yang banyak (boleh dimakan dua orang), dua ekor udang yang besar. Pasti puas hati. Ikan pari bakar pula memang paling enak dan best pada krew jika hendak dibandingkan dengan Ikan Bakar Tip Top. Sotong goreng sambal pula, sukar digambarkan, kekenyalan dan kemanisannya. pergh. Hanya satu ekor sotong sahaja cukup untuk dimakan oleh 4 orang dewasa.

Nama Gerai : Restoran Makanan Laut
Lokasi : Belakang Restoran Zorro Stulang.
Wajib Order : Nasi Goreng Seafood
Waktu Perniagaan : 06:00PM – 12.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5

nasi goreng seafood

sotong masak sambal.

ikan bakar

in the making

Join the Conversation

21 Comments

  1. nampak menu mmg selera, dah terpk nak gi. tp bila tgk pics last skali tu rasa terbantut selera. telur tu kalau boleh basuh dulu ya, jgn dibiarkan dalam sarang camtu. kebersihan kena jaga menarik lebih ramai pelanggan.

  2. yes..memang popular dan sedap..cume harga je ade mahal sikit..tp berbaloi..tak kesah la..dan tmpt ni femes dgn nama RESTOREN UNCLE GOH…sebab dari dulu, bapak kpd tokei skrg yg run bisnes ni nama GOH…org lama stulang..haha

  3. dah banyak kali cari tempat ni tp tak jumpa2 gak…semalam sampai gaduh2 ngan hubby cari tempat ni..coz belakang zorro kedai dia tutp yg mana satu ni kedainya..tension..tolong bagikan maklumat yg tepat..please…

  4. kawasan memang dekat stulang. traffic light the zon tu.

    1. kalau the zon belah kiri. lepas traffic light belok kanan, perlahan, ada satu lorong masuk ke situ, restoran depan dia tu, restoran zorro kalau tak salah., ada simpang 3 lorong, belok kanan, kat situlah tempat dia

    2. kalau the zone belah depan, lepas traffic light perlahankan kereta ada satu lorong ke situ ( tapi rasanya tu one way) so cari cara nak masuk ke lorong tu. parking ke kat mana2, jalan sampai nak sampai ke simpang 3, tempat tu belah kiri.

  5. salam..
    semalam dah parking..jalan kaki..nak cari Restoran Makanan laut(ada tp makanan cina semua sebelah restoran Pak Soh 2).dia yang ada lorong cam sebelah appartment tu ke?apa nama kedai yang betul..
    Thanks sgt2

  6. actually kedai, restoran ke warung ek?weekend ni misi cari lagi kedai tu…..minggu lepas lalu belakang zorro cari kedai yg masak cam tu takde…map tu takleh bukak..nnt cari lagi..hingga misi berjaya..thanks

  7. sorry…. makanan nie x halal…
    mmg ianya sekadar nasi goreng + seafood.
    tapi ada sikit bahan campuran.

    kalau boleh, Muslim x perlu lah ke sana.

    * hanya sekadar berkongsi pengalaman.

  8. Sangat sedap.. mesti pergi at least once a month.. tp nasik nye da kurang skit.. klau 4 thn lepas 1 nasik bleh mkn 2 org… 🙂 tp mmg sedap.. kne try mkn skali ngan die nye cencalok yg dicampur ngan cili, bawang n bunga kantan.. Mr. Hubby sy yg x reti mkn cencalok pon da addicted da skrg… Selamat Mencuba guys…

  9. boss…naper x try udang masak kari skali mmg terbaik, hari tue kawan mkn 4 org, ikan pari bakar, sotong masak smbal 2 ekor dgn udang masak kari dgn sayur rm 111 tp mmg puas hati lah…

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.