Warong 46 menyediakan sarapan yang sinonim dengan citarasa Malaysia. Roti canai yang agak tebal dan ruang makan yang santai menjadikan Warong 46 merupakan destinasi utama penggemar sarapan.
Suatu ketika dahulu, ketika Warong 46 terletak di Jalan Persiaran Tanjong, setiap hari Sabtu, krew akan bersarapan disini. Tetapi selalunya terpaksa berdiri untuk menunggu meja kosong, kerana ianya padat dengan pengunjung. Maklumlah, hari Sabtu, ada yang membawa sekeluarga untuk bersarapan. Sekarang Warong 46 telah berpindah ke Jalan Belalang (seberang jalan sahaja), situasinya masih sama. Terpaksa menunggu untuk mendapat tempat makanan.
Disamping menu utama, roti canai, roti tampal, roti sardin, terdapat juga juadah lain yang disediakan seperti soto, nasi lemak dan lain-lain. Yang best tentang Warong 46 ini ialah toukey nye. Memang handal dalam bab ingat mengingat customer beliau. Bayangkan, sudah lama krew tak kesini, dalam penghujung tahun 2009, krew kembali untuk menjamu selera roti canai, dengan selamba dia menyapa “Lama tak datang sini, mana kereta wira merah yang selalu bawak tu?” Pergh, tajam betul ingatan toukey ini. Mungkin itu yang patut dipelajari dalam selok-belok perniagaan, ketahui pelanggan anda, ramah mesra.
Nama Gerai : Warong 46
Lokasi : Jalan Belalang
Wajib Order : Roti Canai
Waktu Perniagaan : 06:00AM – 11.00AM, Jumaat tutup
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 3.5/5
jalan persiaran tanjong kat mana encik
berdekatan dengan @ Mart, dekat dengan masjid dan maslee
sekarang towkey kedai ni dah bukak gerai kat taman cempaka 5, “FENDI ROTI CANAI”
…Sardin double memang terangkat…ade asam pedas ikan @ ayam…slluurroppppp