Nasi Beriani @ Restoran Shahab Beriani House

Nasi Beriani. Kalau dahulu jika ingin memakan nasi beriani hanya didapati pada musim perkahwinan. Sekarang tidak lagi, restoran yang mendiakan hidangan nasi beriani kini berlambakan. Tetapi yang paling popular ialah Nasi Beriani Batu Pahat. Kenapa dengan Batu Pahat. Krew pun tidak tahu. Kalau dekat Kuala Lumpur, ada sahaja yang menmbah Nasi Beriani Batu Pahat, kesahihannya masih diragui.

Restoran Shahab memang lain. Dikhabarkan oleh krew dari sepupunya sendiri, memang pengurus restoran ini berasal dari Batu Pahat. Pertama kali menjejakkan ke Restoran ini rasanya hampir 2 tahun dahulu, rakan krew ada interview di Al-Ikhsan Taman Universiti yang direkemenkan oleh pengurus restoran ini, Syed Musa. Memang waktu tengahari pula, perut sudah berkeroncong, terus rakan krew mengenalkan kepada restoran ini.

Krew jamin, nasi beriani yang dirasai 2 tahun lalu, masih sama rasanya hari ini. Entah kali keberapa krew datang kesini untuk menjamu nasi beriani shahab ini. Nasi Beriani yang lembut, dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti beriani kambing, daging dan ayam, ada juga ayam masak merah (cepat habis…). Set makanan akan dilengkapi dengan papadom, kuah dalca dan acar sayur nenas.

Restoran Shahab menjadi tumpuan pelajar UTM serta staffnya, diakui ‘the best in world’ (testimonial), krew juga berpendapat demikian.

*Protip
1. Datang awal, kalau tidak papadom habis
2. Datang awal juga, kalau tidak ayam masak merah juga habis.

Nama Gerai : Restoran Shahab Beriani House
Lokasi : No 56-01, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti
Wajib Order : Nasi Beriani + apa-apa jenis lauk
Waktu Perniagaan : 10:00AM – 5.00PM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Restoran Shahab Beriani House

Nasi Beriani Kambing

Nasi Beriani Daging

Join the Conversation

2 Comments

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.