Nasi Lemak Anggerik @ Al-Rajhi Bank Taman Molek

Pada hari sabtu lepas, krew meronda-ronda kawasan Plentong. Agak lapar kerana tidak makan tengahari, itu pun sebab lewat bersarapan pada hari itu. Jam menunjukkan 6 petang, krew melalui kawasan Taman Molek untuk menyinggah ke bank. Dalam hendak menuju ke bank ternampak sebuah gerai tepi jalan berhampiran Bank Al-Rajhi. Ramai orang beratur untuk makan dan meja makan pula penuh. Mesti menarik.

Setelah selesai urusan bank, krew pun menuju ke gerai tersebut. Memang ‘timing’ untuk makan malam. Rupanya ianya gerai nasi lemak berlauk. Gerai diberi nama Nasi Lemak Anggerik. Pelbagai jenis bangsa dapat dilihat yang beratur untuk mengambil turn untuk meng’order’ makanan. Harmoni sungguh.

Nasi Lemak Anggerik menggunakan bisnes model yang tipikal, nasi lemak berlauk, nasi lemak kukus, dan aneka jenis lauk. Nasi Lemak Anggerik menhidangkan lauk dari Ayam Masak Merah, Ayam Masak Rendang, Sotong, Daging Masak Rendang, Kambing Masak Rendang, Telur Mata Lembu dan Hati Goreng. Krew hari itu mengambil lauk Ayam Masak rendang + Sotong, Ayam Masak Merah, dan Ayam Goreng. Nasi Lemak memang terasa santannya dan berlemak habis. Cuma kurang part sambal. Lain sungguh warna dan tekstur sambal tumisnya. Overall memang menarik, dan lauk-pauk memang terasa. Tidak mahal mana pun. Paling best ramai pelanggan dari berbilang kaum duduk semeja menikmati keenakan nasi lemak dihujung minggu.

Nama Gerai : Nasi Lemak Anggerik
Lokasi : Berhadapan Al-Rajhi Bank Taman Molek
Wajib Order : Nasi Lemak + Aneka Lauk
Waktu Perniagaan : 5.30PM – 11.00PM
Food Rating : 3.5/5
Service Rating : 3/5

Nasi Lemak Anggerik

Beratur nak beli

Aneka lauk-pauk

Melayan permintaan customer

Nasi Lemak Ayam Sambal + Telur Mata Lembu


Join the Conversation

17 Comments

  1. wouu…memg sedap nasi lemak anggerik…masa tuu mkan kt setia indah..cwangan pn byk..MASAI,PERMAS JAYA,TAMAN MOLEK & SETIA INDAH..dtg lah ramai2….blom cuba…xkenal maka x cinta,,,hehe,,,rasa lah

  2. askm….sye slh seorg pekerja kat nasi lemak anggerik tmn molek…kat sini menang jual makanan yg sedap…yg pasal sambal tu saye nak ckp sikit..itu memang sambal nasi lemak kukus tak dpt kat tempat lain….saye syorkan DATANG LAGI KE TEMPAT KAMI MEMBAWA KELUARGA ANDA SEKALI……..SELAMAT MENCUBA.

  3. hye amy.. is it u my former customer yang slalu mkn nasi lemak i kt molek ke? lost your phone number la.. can u give me your contact number?
    msg me at number yang ade kat lorry nasi lemak yer. tq.

  4. 1st time mkn kat kedai asal di jhr jaya about 10yrs ago.. and still come back 1 or 2 times a month for breakfast. my fav. rendang kambing.. my wife lak sambal sotong..still remember dulu tokey, wife n adik dia je yg handle sendiri stall tu. skrg ni tokey dtg collect duit je..hehhee..

  5. salam…..ada satu makanan baru….PEPES….ada jual kat benafe lama,lc catering,warong saga,mummy r depan giant extra..
    jadi kegilaan ni…mcm otak2 tapi taste better kot dari otak2….
    jgn tak try…..

  6. aku kerja kt pontian. tapi kadang2 ada urusan pergi supplier kat taman molek. memang ne je lah tempat aku beli makanan. har2x… beli bungkus makan dalam kereta. nak makan situ sorang2, segan. hehehe~~~ tapi memang makanan die best!!!! =)

  7. bro…nasi lemak anggerik ni memula sekali aku makan kat johor jaya…masa tu bfast..pusing2 nak cari bfast last2 jumpa..bole la try..memang sedap…masa tu diaorang kata tutup hari isnin..so kalau terasa nak makan nasi lemak tu..aku drive dari larkin ke sana semata2 nak makan nasi lemak tu..tapi sekarang da banyak outlet…paling baru aku layan adalah kat dengan stadium larkin..berdekatan maslee express…kat hujung jalan…masa tu sementara nak tunggu game Johor..ternampak van nasi lemak anggerik…apa lagi…SERANG!!!….menu yang bole try untuk korang..sambal sotong dia..dan ayam goreng..tapi kasi taruk kuah ayam rendang…perghh….macam nak layan plak malam ni…

  8. budak2 IT from KL kalau turun JB buat maintenance kat opis aku (taman molek) pasti.. pasti.. pasti.. singgah kat Nasi Lemak Anggerik ni. Memang terangkat.
    Mula2 diorang sinis je bila aku suruh makan nasi lemak, diorang cakap “apa la datang dari KL jauh2 suruh makan nasi lemak??”
    Sekarang baru diorang tau, tak cuba tak tau kan???

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.