Kacang Pool Haji @ Medan Selera Larkin

Jika pengunjung mengikuti musim terbaru Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, terdapat satu lagi tempat yang telah di’terjah’ oleh krew JJCM yang mencuri perhatian krew. Adakah tempat ini cawangan terbaru atau memang diusahakan oleh warga Kuala Lumpur. Ternyata ianya adalah cawangan terbaru. Hebat perniagaan makanan ini, boleh ada cawangan.

Cawangan terbaru yang dimaksudkan ialah Kacang Pool Haji, yang popular di Johor Bahru. Ahad lepas, setelah berjalan dan membeli-belah sambil menunggu waktu lewat untuk makan malam, krew menyinggah di Medan Selera Larkin yang terletak bersebelahan Bomba. Ternyata ramai pengunjung yang ingin menikmati Kacang Pool yang trlah mendapat review yang meluas melalui rancangan JJCM.

Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai pada bila-bila masa sahaja untuk dimakan. Tidak hairanlah tempat ini dibuka dari seawal 7 pagi sehingga 1 pagi. Juadah yang simple, tetapi menarik. Satu set lengkap kacang pool didatangkan bersama roti bakar, semangkuk kacang pool bersama telur mata lembu. Roti bakar yang agak lembut disiat dan dicicah kedalam kacang pool sambil mencubit telur mata lembu, pergh enak. Kalau time hujan makan lagila best.

Seingat krew (tolong betulkan jika tersalah fakta), memang ada hanya satu perniagaan sahaja yang menyediakan kacang pool iaitu Kacang Pool Haji. Tidak adil untuk dikatakan ianya paling sedap sebab hanya ada sebuah perniagaan sahaja yang menghidangkan makanan ini.

Sebenarnya ibu kepada krew juga pandai memasak makanan kacang pool, mestilah masakan ibu yang terbaik. Kalau ada rezeki, insya-Allah krew akan buka perniagaan kacang pool (doakan), boleh bersaing ngan Tuan Haji. Berangan betul krew ini.

Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu apa itu kacang pool, sila menjamu selera dengan menatap gamabar dibawah. Jaga-jaga air liur tu, nanti basah keyboard.

Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

Kacang Pool Haji
Kacang Pool Haji

Kacang Pool

Roti Bakar Kacang Pool

ABC

Ais Jagung

Ais Jelly

Join the Conversation

28 Comments

  1. rasanya klau xsilap damansara perdana..td baru tgk kt MHI..tp detail alamat dia xpasti..klau ada siapa2 yg tahu email alamat dia kt email sy TQ.kacang pool mmg sedap sgt2..

  2. Aku kenal haji yang menjual kacang pool haji di bomba dan cawangan di damansara perdana.
    Kerana resipi original kacang pool di JB ni sebenarnya kepunyaan arwah pakcik ku.
    Original kacang pool ni dijual di warung batu jb. Aku pelik manusia, padahal resipi ini arwah yang berikan padanya kerana haji tersebut telah bertungkus lumus mendapatkan ramuan daripada arwah. Tapi kenapa haji tersebut berani membuat pengakuan bahawa resipi ini adalah ideanya sendiri atau mendapat ilham semasa dia di mekkah? Setahu aku cawangan damansara perdana ada 2 sharepartner, tetapi dengar dengar berita sekarang hanya haji owner. aku cuba nak mendapatkan contact sharepartnernya itu. Sesiapa yang tahu, sila PM. Hutang emas, dibawa belayar… pandai mengaku resipi keluarga aku itu resipi kamu.

  3. haha! terpanggil saya untuk menjawab komen diatas, saya memang peminat kacang pool.
    Dulu kacang pool yang best adalah di hartamas. saya rasa resipi kacang pool hartamas dan kacang pool haji adalah resipi yang sama. Tetapi restoran itu telah ditutup kerana ownernya telah meninggal. Mungkin ini adalah orang yang sama kita maksudkan. Buat makluman admin, banyak lagi restoran yang menyediakan kacang pool ni selain kacang pool HAJI. Di Taipan ada satu, Shah Alam ada satu dan Rasta TTDI pun adaaa.. baru baru ini IS STew and kacang pool. Cubalah cari di facebook, ada websitenya. En. Ghous, saya sangat kenal dengan sharepartner kacang pool haji itu. Seorang perempuan kecil molek dan sangat berani. Oleh kerana mendengar cerita tentang apa yang berlaku pada sharepartner haji yang perempuan itulah yang membuatkan saya tidak menjejakkan kaki saya ke kacang pool haji damansara perdana dan mungkin tidak di cawangan jb juga. Sehingga hari ini saya cuma melihat dari seberang jalan prestasi restoran tersebut… memang betu, berbuat baik dibalas baik. Berbuat jahat… allah tetap akan membalas yang tak best. Restoran itu sejak mac lalu kerap tutup kedai. apekah??

  4. Cafe damansara ni dah tutup ke atau berpindah?
    Kami singgah tetapi signboard semua dah tak ada.
    Haih… tak sampai setahun dah tutup. Takkanlah?

  5. saya pergi ke kacang pool bomba,
    hilang selera nak makan kerana gerainya nampak kotor dan pekerja
    yang nampak selekeh.
    Haruslah ke kacang pool singapura.
    Haih!

  6. sya ke Damansara Perdana, PJ nk g mkn Kcg Pool Haji sbb tgk dlm Jalan2 Cari Makan host nye Serina Chef Wan tpi tgk restoran Kcg Pool Haji dh xde kat sana…ada sape2 tau mereka pindah kat mana pulak ni?

  7. baru je makan kacang pool semalam….hubby tapau bw dr larkin…..suprise la…..ermmmm mmg bantai makan le dah lame tak makan….hehehehe…..

  8. sya baru shj pergi mkn kacang pool ket Larkim…ok rasa lain macam sikit dan ada sedikit kelainan dan bercadang nk mkn lagi…syabas satu lg resepi baru dipasaran hak orang melayu dimalaysia le kiranya…saya juga bercadang nak juga buka perniagaan ini di tempat saya(Perlis) inyaallah kiranya ade kesempatan..cuma nk tau anggaran modal saje

  9. last month pegi ng wife ng anak. teringin nk try sbb dgr komen wow dr ramai org. kalo nk bagi rating, 5/10. expectation tinggi tp cam biase jek. bkn nk komplen, bole di mkn, tp bkn tahap wow aku laaa. my wife pon ckp bende yg same. rokemendation? i dun think so la..

  10. Just search kacang pool haji ni. Last ade pegi kedai kacang pool haji ni dlm Aug 2011. Dapat lah jumpe Owner die. Mmg peramah Haji ni. Aku ade tanye kedai kat Damansara. Haji ni bagitau kedai kat Damansara tu dah tutup. Sebab ade masalah ngan partner die kat Damansara tu. Maybe sebab tak sehaluan..
    Haji ni mmg sorang yg committed sebab die ade cerita, even anak die keje warung die datang lewat die akan tegur anak die. Lagi la kalo pekerja2 die yg laen buat hal, mmg die akan tegur .. Bagus Haji ni..

  11. Aritu mmg nak pekena kacang pool… duk gerai sebelah makan ABC dulu. tengok orang lain makan, mmg beselera. Mmang kena order ni…. Tgh nak bercadang tu.. tiba2 datang van roti parking depan kedai… tengok roti memang sama ngan roti kt kedai kacang pool dan memang sah dia hantar kt kedai kacang pool… Timbul rase risau plak, halal ke roti tu… tengok kat plastik roti tu.. kosong je.. xtulis ape2… Kate ustad, kalau ragu2 jgan makan… terus x jadi order….
    Harap2 tuan kedai roti pool, dapat cari roti dari supplier lain… yang ada sijil halal…. xla pelanggan jadi ragu2…

  12. Hi …kebetulan dok surfing dan terjumpa site menarik ni. Senang2 tu jenguk la yer blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik 100% tentang makan, makan dan makan hehe tak de topik lain. Kebanyakan nye dia area JOHOR.

    Konsep blog saya senang je hanya komen pasal gerai/restoren/warung yg saya kebetulan singgah ngan famili masa jalan2…gambar2 upload pun banyak (penat dok snap snap dan buat muka selamba je hehe) so bolih tengok macam mana keadaan restoren nye serta hidangan2 secara dekat dan clear.

    Dan jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

  13. memang sedaplh kacang phool haji ni…suami sya klw x krja msti ajak mkn kacang phool haji kt lakin…memang x blh nk brkata2 klw dh mkn…tringat2…bilas pulak dgn candol pulut durian lagilh stiap hri nk dtg..klw x pcaya cubalh dtg mkn….
    .

  14. As Salam, kalau datang ke singapura, singgah lah pasar geylang, kacang pool nyer sedap, mama tiap minggu pasti Kesana, panjang orang berator…….Cuba lah..pasti anda tidak kehampaan..in Shaa Allah…..

  15. Hhmmm… byk sgt komen yg -ve yek!
    Klu ragu2 dgn halal n kebersihan nye… try ler blaja wat sndiri kacang pool tu… sye pon bru nk try, tgh carik resepinye… lg2 pyah nk mncarik kacang pool yg sedap kn… peace 🙂

    #prayforMH370

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.