Murtabak Azo ini berasal daripada Murtabak Man Tomok yang dahulunya berpusat di Restoran Rafi di Kampung Melayu Majidee. Teringat pada tahun 2000, ketika itu krew baru berpindah ke Kampung Melayu. Senang, akses makanan tanpa henti. Mula-mula tugasan ialah hendak pergi ke kedai membeli barangan keperluan dapur, sampai sahaja di destinasi restoran sebelah ini agak pack dengan orang yang beratur menunggu murtabak.
Besar dan padat dengan daging. Masa itu harga biasa baru dalam RM4 kalau tidak silap (atau lagi murah). Sekarang terdapat cawangan (or pecahan baru) yang kini berada di Medan Selera Kampung Melayu Majidee di depan masjid. Restoran Rafi masih lagi menjual murtabak yang sama. Sekarang yang popular ialah Muratabak Azo 96. Senang diakses dan berada dikawasan kiosk yang menjual juadah lain seperti Mee Rebus Lan Janggut, Sirloin Steak yang agak menarik (kerana kentangnya), Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi.
Selalunya krew akan order Murtabak biasa tetapi tiada bawang. Yelah kadang-kadang, bawang dia yang lebih, baik krew order Murtabak Bawang. Sekeping murtabak boleh dimakan oleh dua orang dewasa. Rasanya memang lain dari murtabak yang banyak dipasaran, yang penting murtabak Johor Bahru tidak sama dengan murtabak Kuala Lumpur. Murtabak kawasan JB boleh rasa daging seketul-seketul. Kalau murtabak KL, baik dipanggil roti telur. hehe.
Nama Gerai : Murtabak azo 96
Lokasi : Medan Selera Kampung Melayu Majidee
Wajib Order : Murtabak Special
Waktu Perniagaan : 5:00PM – 1.00AM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5
murtabak man tomok mmg terbaik…kekadang ada jugak singgah beli..tp harganya mcm mahal sgt..
sejak krew die sound pasal order terus tak pegi dah kedai die. murtabak sedap. tapi layanan buruk. sumpah tak pegi lagilah lepas ni.