Nasi Ambang Petronas BBU

Ada satu lagi tempat yang menjual nasi ambang yang menjadi perbualan krew bila bersama teman-teman ketika sessi mengeteh. “kene try”, “nasi separuh dia standard size aku makan”,”beratur beb kalau nak beli” dan macam-macam lagi. Pergh, berdesing telinga dengar komen-komen membina dari member krew yang kaki makan.

Akhirnya, krew berkesempatan ke tempat yang diwar-warkan. Memang betul tempatnya, first sekali, ramai orang beratur, ada yang membeli sampai 5 bungkus, sampai relaks sahaja kakak bersuara “alah takde duit kecik, besok-besok je datang”. Wah, ramai ‘regular customer’ nampak. Ringkas. Tidak perlu pilih-pilih lauk, memang nasi ambeng yang default.

Nasi yang banyak, ayam dimasak ala-ala rendang, sambal goreng, serunding kelapa dan sambal belacan yang pedas tak ingat. Sekali dibungkus dalam hati berdetik, boleh habis ke ini. Krew tidak makan disana kerana meja nya telah penuh, lagipun cuaca pada masa itu terlalu terik. Bahang jalan tar macam nak terbakar baju kerja krew. ‘Tapau’ makan dekat rumah lagi best.

Rasanya memang seperti masakan dirumah, mungkin sambalnya yang terlalu pedas sampai menghilangkan ‘feel’ nasi ambeng itu, tetapi memang wajib untuk dirasa. Kalau budget rendah dan tidak mahu makan malam, memang nasi ambeng ini memang sesuai.

Nama Gerai : Nasi Ambeng Petronas BBU
Lokasi : Bersebelahan Petronas BBU
Wajib Order : Nasi Ambeng
Waktu Perniagaan : 11:00AM – 3.00PM
Food Rating : 4/5
Service Rating : 3.5/5

Beratur membeli nasi ambeng

Masih lagi beratur

Masih lagi beratur

Nasi banyak, separuh pun kira dah banyak dah

Join the Conversation

2 Comments

  1. salam..aku dah makan kat gerai nasi ambang ni..memang best, murah n sangat sedap rendang nya..korang patut try sekali..memang nak lagi..memang ramai org beratur nak tapau tapi trust me, berbaloi korang tunggu makcik yg baik hati ni sabar je melayan kerenah pelanggan2 nya..
    memang best nasi ambang ni
    dulu aku tak suka, now mcm teringat je..

Leave a comment

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.