Restoran Jemput-Jemput Taman Dahlia

Dinner

Tempat ini selalu disinggah untuk memakan nasi goreng kampung yang suatu ketika dahulu, dalam kamus krew, the best nasi goreng kampung in johor bahru. Sudah makan bertahun-tahun, rasanya, 2 tahun lepas baru tahu nama restoran ini. Restoran Jemput-Jemput. Ada satu lagi yang menarik dekat sign board dia tulis “Satay Kurma”. Punyalah adik krew bertanya, satay kurma ada tak? Rupanya nama gerai satay tu ‘Satay Kurma’, so memang tiada kurma yang dibuat satay.

Tempat ini dahulunya menjual nasi goreng kampung yang sangat sedap yang pernah dirasa oleh krew. Tetapi tahun berganti tahun, rasanya makin lain, makin hebeh tawar, kadang-kadang ada kerang, kadang-kadang tiada. Macam tidak tetap pendirian. Mungkin dah bertukar-tukar tukang masaknya. Tetapi banyak jugak juadah lain yang boleh dinikmati seperti mee bandung. Mee Bandung disini boleh tahan jugak la, terangkat beb. Rasanya lebih kurang sama seperti warong di kampung pasir. Kerang banyak tersembunyi bawah telur. Haha. Macam tidak puas makan sepinggan.

Terdapat juga station yang menjual cucur udang, jemput-jemput, pisang goreng, dan bermacam lagi.

Nama Gerai : Restoran Jemput-Jemput
Lokasi : Taman Dahlia
Wajib Order : Nasi Goreng Kampung & Mee Bandung
Waktu Perniagaan : 6:00PM – 12.00AM
Food Rating : 3/5
Service Rating : 3/5

Restoran Jemput-Jemput

Cucur Udang

Mee Bandung

Nasi Goreng Kampung Telur Mata Lembu/Kerbau (padahal ayam punya)

2 thoughts on “Restoran Jemput-Jemput Taman Dahlia

  1. minggu lepas aku g restoran jemput jemput ngan famili so byk makanan yg di order.. aku suggest korang kene test dia puye mee bandung dan satay!! mmm… power!

  2. nasi goreng kampung kedai ni mmg tiptop..p dulula..pedas yg amat..satu2nye kedai yg gune batu lesung wat rencah..dulula..skrg kureng dah…mintak pedas die bagi cili potong2 kecik je..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.