Ayam Goreng OK

Krew mengetahui tempat ini semasa krew dan keluarga krew berpindah ke Kampung Melayu. Tempatnya ringkas, pada waktu pagi ketika itu ada menjual roti canai dan kuih muih, tetapi yang happening pada waktu malam. Pada waktu itu, ada bermacam-macam jenis nasi ambang yang dijual secara dalal. Ada Nasi Ambang Ayam, Nasi Ambang Daging Rendang, Nasi Lemak, Nasi Jawa dan bermacam-macam jenis nasi lagi. Tetapi yang mencuri perhatian krew ialah ayam goreng yang dijual panas-panas. Boleh dikatakan sebagai pelengkap hidangan sambil menikmati aneka jenis nasi yang disediakan.

Ketika itu ianya dipanggil Ayam Goreng Din. Mungkin penjualnya bernama Din. Ayam yang seakan ayam goreng KFC tetapi lagi enak dan fresh! Sekarang ianya dikenali sebagai Ayam Goreng OK. Masih mempuunyai rasa yang sama dan paling penting harga masih maintain sejak 10 tahun dahulu.

Kalau kepingin hendak makan ayam goreng, tapi budget kecil, pergi sahaja ke Ayam Goreng OK ini. Dahla sedap, murah dan boleh beli dengan kuantiti yang banyak. Setahun yang lepas, ternampak kelibat Ayam Goreng OK di Taman Cempaka. Wah dalam hati krew, abang din dah buka cawangan. Sempat 3 kali krew membeli ayam goreng di Taman Cempaka itu, memang sama, memang sah buka cawangan. Tetapi sekarang telah tutup. Sempat berbual dengan Abang Din bertanyakan gerai di taman cempaka. Katanya, dia hanya menolong kawannya, resipi memang sama.

Kalau anda berada di kawasan Kampung Melayu malam-malam lepas makan murtabak, apa kata singgah di Ayam Goreng OK. Pasti anda akan lupakan segala jenis ayam goreng yang dijual di pasar malam.

Nama Gerai : Ayam Goreng OK
Lokasi : Jalan Masjid/Lorong Permata
Wajib Order : Ayam Goreng
Waktu Perniagaan : 7:00PM – 11.00PM
Food Rating : 4.6/5
Service Rating : 4/5

dari jauh.
dari jauh.

ayam dah habis. tapi dalam kuali ada.

tu dia, abg din tengah menggoreng

ayam goreng ok

tu dia, berpeluh cermin ayam baru naik dari kuali

tapau makan di rumah, menggiurkan

Leave a comment

Leave a ReplyCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.